Baeklah, aku cuba straight to the point ye.. Haha..Dun worry, aku cuba lurus ke point nih.. Haha. Erm.. korang kenapa taknak tido nih? Adakah menantikan ayam jatuh ke gulai kawah? Haha.. Ye lah yelah, aku straight kan diri ini.
Dulu, time aku sekolah, aku selalu konpius antara Jaafar Onn dan Onn Jaafar ! Haaaaaa.. Time cikgu buat ujian sejarah, aku selamba badak je menulis Jaafar Onn sebagai presiden UMNO ! Haha.. Dengan hidung kembang kempis, lalu berjalan penuh bangga depan kawan kawan. Sekali terlanggar meja daaaa.. Haha..
Selang beberapa hari selepas itu, cikgu aku pun kembali memulangkan kertas jawapan ujian. Tau tak apa yang dia tempek dekat jawapan aku tu? Haaaaa.. Ni angin ni.. Korang tengok la ye ! Gambar seseorang di tempek ke kertas ujian aku !!
Sedap tak kopi I ? |
Haaaa.. Pastu, aku yang muka blur ni, membantah tanpa segan silu. Aku cakap la, " Cikgu, ni kan pelakon Cili Padi, bukan yang ni laaaa" . Dengan penuh super power, cikgu aku ketika itu berkata dengan sinis " Awak baca balik jawapan awak " . Aku yang tak mahu mengalah ibarat helang dicucuk subang menjawab dengan lantang dan kuat " Jaafar Onn !!!"
Dek kerana kelantangan bersuara aku tu, cikgu aku membuka buku sejarah dan mengacukan jari jemari yang mulus itu kearah satu perkataan yang membuatkan aku berasa nak terkentut berdarah serta pipi berwarna kehijauan.. Tulisan tersebut berkata " DATUK ONN JAAFAR " . Haha.. Ohhh Myyy Jeansss !
Seraya itu, aku tersipu sipu sampai ke penghujung kelas ! Haha
P/S : Jaafar Onn best wooo lakunan dia ! ;P
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks