Serius ! Aku Nampak Teksi Halal !

        Ha + Lam + Alif + Lam = HALAL ! Yup yup.. Pasti ramai tau kan? Ecehhh.. Jawi itu indah woo.. Okeh, aku baru pas menikmati santapan tengah hari yang tak berapa nak tengah hari sangat ni. Hehe.. Korang sihat tak di hari Jumaat nan indah lagi rupawan dan angkasawan? Hehe..



         Ermm.. Aku nak cerita ni, tadi, time on the way Cik Teddy hantar aku balik untuk mengambil laptop Compaq kesayangan aku ni kan, kereta Cik Teddy bertembung la dengan sebuah teksi memandangkan lorong ke rumah sewaku ini agak kesempitan dan sendat !



         Nak di jadi kan story hangat, aku cam biasa la kan, duduk di tepi sambil buat muka comel macam Shrek tu. Hehe.. Lalu, dengan tak semena mena, pandangan aku terpandang no plat teksi tersebut. Tiba tiba mata aku terpaku dek panahan asmara teksi itu. Yaaaa.. Dekat no plat beliau ada satu logo yang membuatkan aku nak tergelak pun ada, rasa pelik pun ada, bley dikatakan semua perasaan itu bercampur baur dengan kesengalan aku yang mengambang nih hah,..















            Logo kat atas ni la dia tempek dekat No. Plat dia ! Adehh.. Aku kat situ tertanya tanya pada Cik Teddy aku , " Eh, No plat dia halal ni, bley la kite makan ni kan? Haha ".. Dengan penuh kesopanan dan keayuan, Cik Teddy aku ketawa terkekek kekek. Haha..



            So.. Aku nak tanya korang ni, agak nya, pasai pa dia pi letak logo HALAL kat no plat dia? Hehe.. Ada jawapan? Hmmm.. Pelik pelik..









Koyok Ditempek :  Aku tau ada yang tak dapat komen sebab masalah teknikal kan? Try pakai Google Chrome ! Mesti boleh ! Hehe.. Kalau takleh gak, aku tukar style komen box aku kepada yang lama ! :)





      

0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post