Misi Makan McD Free Berjaya !



             Assalamualaikum warahmatullah dan selamat pagi rakan rakan taulan sekalian ! Hehe.. Amacam pagi korang? Hehe.. Mesti korang ingat aku baru bangun kan? Haha.. Kali ni korang silap, kerana, aku bangun awal woo.. Subuh tadi lagi aku dah bangun. Hehe..



             Semalam, aku agak kepenatan sikit, tapi lepas dapat tido selama 5 jam setengah, aku kembali mengecas tenaga aku sefull full nya untuk menyerang McD !! Yaaa.. McD ! Sebab apa? Sebab, gambar di bawah ni la. Korang tengok eh !










Kupon breakfast FREE McD ! 








              Kupon FREE tu ! Hehe.. Aku dapat kupon ni daripada seorang kawan aku melalui email. Dia cakap dia dapat dari blog mana tah. Pastu dia cakap kat aku  , try bawak gi McD, beli minimum RM 5 dan kemudian boleh dapat ! Hehe..





               Mula mula aku agak kurang kepercayaan terhadap statement beliau, dek kerana kena print la bagai bagai, dan takut di tipu la. Hehe.. Tapi pagi tadi, lepas aku gi try sendiri, ternyata penuh gila gila McD tu. Dan dekat tangan diorang ada kupon ni, baik yang print mahupun yang photostat ! Hehe..





                Disebabkan line kat sini agak lembab dan slow macam siput, aku tak dapat nak upload gambar Big Breakfast ni ! Huhu.. Tapi takpe, aku nak korang percaya, yang ini real woo ! Kenyang gila babas. Ni pun ada stock untuk tengahhari kang. Kan ke jimat tu. Nak tau tau belanjakan berapa ? Ermm.. Aku beli Iced Milo je RM5.15 pastu bagi kupon ni dapat 2 set Big Breakfast !!! 





                Terbaik kan? Hehe.. So , pada sapa sapa yang nak makan banyak yang FREE, boleh la save gambar kupon ni, pastu print dan potong pastu tunjuk la kat McD berdekatan, confirm kekenyangan yang jitu akan menghampiri anda ! Hehe.. Burppppppppppp.. Alhamdulillah .. Opsss.. Sendawa pulak ! Sorryyyy !














Koyok Ditempek :  Mari gi serbu McD sebelum 31 Mac ni !!! :D






0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post