Assalamualaikum dan selamat pagi ! Wohoo.. Dah pagi ! Mana bunyik ayam ni? Haha.. Ayam takdak kat Shah Alam okeh ! Aku je mereng wangsamaju kejap ! Hehe.. Ini adalah entri pertama dalam Cabaran 10 Entri : Battle of Idea's !
Memandangkan ini adalah entri pertama aku dalam cabaran 10 entri ni, aku nak berjiwang kejap. Hehe.. Boleh la kan, sebab sekarang ni aku duk usha usha kat FB aku tu semua pakat pakat ingin bercinta. Hehe.. Ecehh.. Malu malu plak padahal mahu ! Hehe..
Aku? Aku takyah cerita la kan, memang korang semua dah tau aku tak singlet kan? Haha... Hati aku dah ditawan okeh. So... Lupakan tentang aku jap, sebab aku nak bagi tau kenapa cinta selalu ditolak ! Hehe.. Padahal, hensem , cun semua dah cukup, tu belum kira duit dalam dompet berkepuk kepuk ! Tapi, still kena reject. Kenapa eh? Meh aku cerita berdasarkan pengalaman aku. Hehe.. Pakcik kan dah berusia nak oiii ! Jum layan...
- Cinta tak perlukan kesempurnaan. Sebab , kalau terlalu sempurna, kita tak mempunyai ruang untuk menutup kekurangan pasangan kita. Yelah, try bayangkan, serba serbi cukup, pandai masak , pandai itu ini, kat mana kita nak tolong dia? Jadi, hubungan tu akan cepat hambar ! Jadi, kalau kita dah berusaha segala mungkin untuk memiliki seseorang itu, dan dia still takmo, baik lupakan, dan pergi kepada yang menanti. Nescaya korang akan lebih bahagia. Hehe
- Jangan gedik berlebihan. Hmm. Ni ramai yang buat ni. Ye lah, bila kita dah suka seseorang, dan dia bagi respon sikit. Time tu mula la kita beria ia nak dapatkan dia. Kita belikan itu ini, bertukar nada suara lebih manja dan mula berubah penampilan semata mata untuk si dia. Tahukah korang, cinta itu perlu lahir dari diri anda yang semulajadi. Tanpa meniru atau mengubah diri anda menjadi orang lain. Itu baru cinta ~
- Jangan gopoh gapah. Apabila kita mencintai seseorang, confirm la kita nak memiliki dia secepat mungkin.dan tahu tak korang yang, makin cepat korang nak dapatkan dia, makin banyak kesilapan korang lakukan tanpa korang sedari. Hehe.. Contoh? Aku rasa korang boleh fikir kot ! Hehe..
So. Kalau takmo cinta ditolak, baik jauhi perkara diatas ! Hehe..
Koyok ditempek : Entri kedua menyusul selepas ni ! Check it out !!! =)
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks