Ramainya Dah Ada Blog !









         Assalamualaikum dan selamat malam ! Hehe.. Rindu tak nak dengar aku berceloteh dan merapu dalam keindahan? Hehe.. Ye lah, blog aku ni mana la ada orang nak rindu ! Eceehhhh.. Aku baru je nak buat sinetron ni. Hehe.. Tak jadi la, sebab terasa kegedikan melampau disitu. Hehe..



         Apa macam keadaan malam korang? Ada dah nak tidoq ka? Ada yang dok makan tu. Hehe.. Bak sikit! Takkan la kedekut kot. Okeh okeh, aku sebenarnya rasa bangga dan kembang hidung bertubi tubi bila ramai kenalan aku baik kawan sekolah, kawan time kerja, kawan Unisel dan jugak orang yang baru aku kenali mempunyai medium maklumat terpantas masa kini iaitu BLOG ! Hehe..



          Hehe... Diorang pun dah jadi blogger sekarang woo.. Serius aku berbangga, sebab diorang kebanyakannya dari berbagai profesion, ada yang doktor, ada yang jadi engineer, dan bermacam macam lagi woo.. Contohnya, dalam satu kejadian petang tadi, aku berbual dengan seorang teman yang baru aku kenali. Dan beliau terus memberikan alamat blog beliau. Aku yang ketika itu tersenyum simpul sambil ditanya,






 "Udin, U ada blog? U tau tak blogging ni best.. Taknak buat? "




           Aku yang tersengih je macam kerang busuk disitu dengan penuh lemah gemalai menjawab







" Blog? I takde.. Lain kali , boleh la U ajar I buat blog eh"





           Lalu , kami pun terus menukar topik perbualan berkaitan peperangan antara Ultraman Taro menentang raksasa Doraemon. Hehe.. Dan, aku yakin, kawan aku tu , mesti tertanya tanya kenapa aku sengih berpanjangan tadi. Hehe..



            Rasanya, aku memang suka camni, merendah diri dan jadi diri aku sendiri. Hehe.. Even ada satu insiden ni, aku tengah berjalan jalan, dan ditegur samaada aku ni SENGALMAN ke? Dan bila aku angguk, mereka mintak bergambar ! Hahaha.. Aku pun bergambar je la. Tapi sebenarnya kan, tau tak korang, aku ni seorang yang pemalu dan penyegan serta mempunyai banyak kekurangan. Sebab tu aku lebih selesa hidup low-profile, Hehe..



             So.. Aku nak bagitau yang aku berbangga bila BLOGGER makin bertambah ! Hehe.. Itu bererti mereka akan mewarnai dunia blog ni dengan idea dan kreativiti mereka yang pasti berbeza wooo.. Kalau copy paste je, tu lain cerita okeh !



           Akhir kata, aku nak tido dah, esok pagi ada misi nak makan set breakfast McD Free ! Haha.. Nanti kan aku update live di McD ! Hehe.. Gudnite ! Basuh kaki okeh ! :P









0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post