Cinta Si Jari Jemari ! Episode 1












                Tersebut lah kisah.. Dunia jari ! Si jari Mencari Cinta ! Di bawakan khas oleh pengedar kesengalan berpanjangan ! Iaitu...... Sengal Zone ! Haha,, Aku la tu kan.. Ecehhhh.. Kembang pulak pungkoq aku.. haha Baca la kisah cinta ni tau !



                  1,2,3.. Mulaaa...






Episode 1







           Terdapat seorang encik jari yang bernama Cin di sebuah perkampungan jari yang terdiri daripada 5 jari ! Nama nama beliau terpaksa dirahsiakan kerana nanti mengundang kebahayaan kepada En Cin ! hehe..



           En Cin selalu dipulau kan, dipinggirkan dek kerana beliau tidaklah sehensem jari jemari lain. Lagi satu , beliau ni ada kekurangan yang ketara iaitu beliau J.K.C ataupun Jari Kurang Cerdik ! Oleh kerana itu, beliau sering dipinggirkan oleh kawan kawan sejari yang mana lebih pandai dari beliau.











               Tapi, En.Cin sedikit pun tidak pernah merasakan kekurangan dan kepinggiran yang dihadapi nya itu sebagai penghalang untuk beliau terus menjalani hidup beliau sebagai jari jemari. Beliau gemar senyum. Even dekat pokok bunga pun En. Cin tak pernah lokek untuk memberi kan senyuman. Even dia takde kawan sekalipun, baginya senyuman itu satu punca aura untuk pokok pokok terus hidup subur.



                 Itu lah En.Cin, jari yang ceria walaupun ditimpa apa apa masalah sekalipun. Satu hari, sedang En.Cin bercakap cakap dengan pokok dan tanaman beliau, Beliau ternampak satu awek yang sangat cun. Sehinggakan beliau tak berkelip mata tatkala melihat jari wanita itu. Hehe..









      

         Perkenalkan, Cik Ta . Jari wanita yang menjadi kegilaan ramai jari jemari di kawasan perjarian ! Haha..

Cik Ta, peminat tumbuh tumbuhan, beliau selalu datang ke kawasan yang mempunyai taman tumbuhan. Secara tak sengaja, Cik Ta terpukau dengan tanaman En. Cin yang segar bugar. Sedang Cik Ta memetik bunga di taman En.Cin, beliau tak sedar yang beliau sedang diperhatikan oleh sejari jari jemari ! Dan Pengskodeng itu adalah En. Cin ! Tiba tiba..







To be continued ....









Koyok Ditempek :  Apa agaknya yang berlaku eh lepas ni? Hehe.. Ada cadangan? Nantikan sambungan di episode 2 : Cinta Si Jari Jemari ! Exlusive di Sengal Zone ! :D



0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post