SHAH ALAM: Kakitangan Pos Malaysia dari Kuala Lumpur, Abd Rahman Kasim, 33, atau lebih dikenali sebagai Man muncul juara Raja Lawak musim kelima pada pertandingan akhir program realiti, Raja Lawak Astro di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, malam tadi.
Man yang juga peserta solo tunggal pada malam final itu, menampilkan tema gaya bebas dan komedi muzikal dalam persembahannya dan memperoleh undian 45 peratus.
Dengan kemenangan itu, Man membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 serta hadiah iringan iaitu barangan elektrik jenama Arezzo, LG, ELBA dan Pensonic serta trofi Raja Lawak sumbangan Astro.
Kumpulan R2 muncul naib juara pada pertandingan itu dengan undian 32.5 peratus. Kumpulan adik-beradik dari Selangor yang dianggotai Rahim Mat Ali atau Aim, 40, dan Ridhzuan Mat Ali atau Lopez, 21, memenangi hadiah wang tunai RM50,000.
Kumpulan Balas yang dianggotai Fandi Muhammad atau Fendi, 25, dan Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau Shuk, 24, dari Pulau Pinang menduduki tangga ketiga. Mereka yang memenangi hadiah wang tunai RM30,000 memperoleh undian 22.6 peratus.
Sumber dari Berita Harian
Koyok Ditempek : Aku ni bila la nak jadi Raja Sengal ! Haha.. Morning !!

0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks