Blogging Akan Ku Unduri !







                   Assalamualaikum .. Di pagi yang hening ni. Aku berasa sangat lah tenang. Haha.. Tenang sebab aku bakal menamatkan pembelajaran di Universiti Selangor ! Yeyyyy ! Bebas akhir nya.. Free willy wooo.. Ehem.. Di sebalik segala drama yang aku tempuhi, baik drama baik, drama jahat dan penuh kepuraan. Semua tu akan berakhir, dan aku, akan terus mengejar cita cita aku dan impian aku yang dah terpelecot selama 3 tahun.



                    Hmm.. Dan itu satu hal, bagi dunia blogging yang dah tak seindah waktu aku mula mula menceburi bidang ni, ia seakan akan mengrevealkan sesuatu yang disebalik topeng ultraman itu. Haha.. Dan benda itu amatlah menakutkan.

              

                   Hehe.. Kadang kadang jugak , aku rasa nak berhenti dari menaip. Entah kenapa tah.. Perasaan tu selalu menjengah dan menyekodeng aku di saat aku blogwalking dan bersendirian. Ecehhhh.. Tapi, takpe, aku akan buang perasaan tu jauh jauh. Aku akan cuba menaip lagi dengan penuh kegembiraan dan kechumelan. Bak kata pepatah , Taip dengan senyuman lebih terasa manis seperti Kinder Bueno ! Haha..



                    So.. InsyaAllah, selagi idea dalam kepala bulat aku ni ada dan mencurah curah, aku akan terus menaip untuk buat korang senyum sampai terkeluar gigi macam aku ni. Haha.. Tu la motif aku. Bukan mengejar populariti, traffik dan traffic light. Haha.. Tapi, untuk berkongsi keceriaan dengan korang ! Boleh kan?









P/S  : Sedang menyiapkan Resume ni. Adehhhhh.. Memeningkan ! =)











0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post