Kereta Je Besar, Otak Kecik !







              Assalamualaikum ! Selamat Jumaat ! Hehe.. Esok cuti ! Yey Yey ! Hehe.. Dalam keseronokan bercuti tu kan, ingat ingat la orang tersayang di rantauan. Mak, ayah, along, acik , angah, dan lain lain nama gelaran lagi. Hehe.. Sayang wooo diorang tu..



               Erm.. Well.. Hari ni kalau korang tengok tajuk entri aku kat atas nun jauh di sana tu ape yang korang rase? Haaaaaa,, Tepat sekali.. Kebengangan !!! Haha..



              Cerita dia setelah dipendekkan berbunyik begini. Tadi, time aku on da way lepas hantar cik Teddy aku pi campus menghantar thesis, aku on da way balik ke rumah sewa aku. sedang drive dengan kelajuan yang menenangkan. Tiba tiba je kereta Toyota Wish main belok masuk je. Gila kentang, aku pun brek dengan penuh kesopanan bagi mengelak diri ini terbabas ke tepian pinggir kedai. Haha..



                Tu satu, yang lagi satu plak, aku drive lagi selang 5 minit kemudian, kemudian sebuah Naza MPV meluru masuk je tanpa segan silu mahupun memberi salam. Akibat daripada itu, aku pun terpaksa membrek dengan penuh lemah gemalai lagi sekali. Haihhhh..



                 Nak tau tak, dua dua jenis kenderaan di atas ada persamaan. Dua dua ni tak memberi signal ketika membelok, dan lagi satu tak skodeng dulu cermin sisi sebelum buat belokan. Apa kes? Kereta besar besar memang camtu eh? Tau la kereta Cik Teddy aku ni comel. Si kancil yang pintar bestari tau . ! Senang senang je diorang abaikan kewujudan aku sebagai pemandu.



                  So.. Pesan aku, ingat tak time kita ambik test untuk lesen dahulu kala? Ada belajar kan semua peraturan ni? Kenapa la tak guna? Karang kena langgar kang, masuk sepital, sape jugak mengeluh tak dapat makan nasi ayam, nasi arab, ayam tandoori? Haha.. Fikir fikirkan..... Adiossssssssssss !







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post