Assalamualaikum ! Tuk.. tuk.. Bukak la pintu. saya datang nak mintak kerepek ubi ! Haha.. Boleh tak macam itu? Boleh la, alaa.. Korang kan ada banyak stok kerepek ubi kat rumah kan? Elelelelehhhhh.. Siap sorok bawah bantal lagi. Hehe.. Bak sikit..
Erm.. Pada dahulu kala, aku seorang peminum Coca Cola yang tegar ! Memang feeling la, minum coke sambil buat kerja, assignment, edit mengedit , main games, bako sampah, bako rumah Kak Limah.. Opsss..
Tapi, keadaan itu berubah tatkala aku terwatching satu video dekat Facebook ni. Tentang Coke itu sebagai pencuci bilik termenung dan peluntur kotoran pada besi mahupun syiling. Yup yup.. Korang mesti dah tau kan tentang video tu? Hehe.. aku cuba cari dekat Youtube, tapi tak jumpa pulak, maybe beliau disorok bunian kot ! Haha..
Lepas daripada tu, aku dan beberapa budak rumah ada membuat beberapa ujikaji sendiri. Dan hasilnya... Lebih kurang sama dengan video tadi wooo.. Cuak tak? Hehe..
Kini, aku tidak lagi minum Coke kerana aku amat khuatir jika ia bakal menghakis aku punye organ organ dalaman seperti Jantung, Peparu, Limpa dan Ovari ! Haha.. Gelak eh korang, aku serius ni ! Hehe.. Korang nak ke tubuh badan korang jadi rapuh macam kertas kena air? Kalau nak boleh je.. Hehe.. Sila la minum Coke banyak banyak. Nanti kena migrain cam aku baru tau ! Grrrrrrr..
P/S : Sekarang aku layan Dutch Lady pulak. Tenusu tu beb ! Syioookkk ! Hehe
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks