Assalamualaikum ! Selamat tengahhari ! Hehe.. Aku baru bangun tido ni. Ngeh ngeh ngeh. Aku tido lepas subuh tadi pulak. Hehe.. Well.. Ini hari Ahad yang indah. Penuh dengan kemalasan aku. So. Confirm la bagi yang berpacaran tu, ini la masa untuk pergi ke tempat tempat yang best untuk berdating datingan.
Aku? Biarlah rahsia.. Ecehhhh.. Okeh.. Aku nak bagi tau korang , terutamanya kaum hawa kat luar sana tu tentang perkara yang dibenci kaum adam apabila berpacaran ! Dah macam lagu kalau berpacaran pulak kan? Hehe.. Biar la.. Best kot itu lagu !
Okeh.. Sebelum aku mengigit laptop aku ni, baik korang tengok 3 perkara tersebut ! Zasssss ..
- Pertama, Lelaki sangat tak suka bila diperlekehkan oleh pasangan mereka sendiri. Ye la, cuba bayangkan, orang yang kita sayang memaki, memperlekehkan kita . sedangkan mereka la tempat kita meraih kekuatan. Bak kata orang, "sumber kekuatan" . Tup tup.. GF sendiri yang memperlekehkan dan mengutuk kita ! Haihhhh.. Jangan la camni !
- Kedua, Lelaki ni, bila dah betul betul sayangkan seseorang tu, akan berubah menjadi gedik gedik sikit tanpa hipokrit mahupun berpura pura. Tapi, kebiasaannya, mereka selalu berbuat begitu pada pasangan mereka je. Mereka sangat pantang, kalau GF or pasangan mereka hipokrit depan orang lain. maksudnya disini, depan orang ramai je dia boleh manja manja, belakang orang lain, GF dia ni acuh tak acuh je. Haihhhh.. Tak patut tul. !
- Ketiga, Seperti mana diketahui, setiap lelaki mempunyai "EGO". Tapi, dek kerana sayangkan pasangan mereka, kebiasaannya para para lelaki ni menurunkan EGO mereka ditahap paling bawah demi untuk menjaga pasangan mereka. Tapi, dalam sesetengah kes, GF mereka pulak yang tetiba EGO melampau lampau. Sampai semua cakap lelaki ni ditolaknya bulat bulat. si GF ni je yang betul. Hoho.. Tak boleh la camtu, Haihhh
Actually, banyak lagi perkara. Tapi dek kerana internet aku yang bengong ni hah. Menyukarkan aku untuk berblogwalking, balas komen dan jugak download kartun ultraman ! Erghhhhh,, Tensennnnn !
So.. akhir kata, hargai la orang yang sanggup bersusah payah untuk kita, yang jaga kita time sakit, yang berkorban demi kita. sekali ia hilang, kita akan rugi woo.. :)
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks