Hai hai hai.. berjumpa lagik kita dalam rancangan memasak nasi bersama udin ! hehe.. Erm.. Takpe la, aku taknak masak nasi la.. Senang sangat. Aku nak buat keropok gentel . Haha.. Baru best makan malam malam ni ! Hehe..
So.. Astro.. Semua orang kenal apa itu Astro kan? Hehe. Bagi student macam aku yang rumah sewa takdak Astro amat la payah untuk menonton rancangan kegemaran seperti Bibirku ada Jagung , Nenekku kahwin lagi 2, dan rancangan top iaitu American Top Cleaner 2011 ! Haha..
Malam ni aku nak ajar korang jadi jahat sikit je. Boleh la boleh la ! Hehe.. Nak dapat Astro free? Jum ikuti teknik teknik "mencuri" line Astro ! Yihaaaaaa !
- Teknik pertama, anda dinasihatkan mengetuk pintu jiran anda yang mempunyai piring Astro, sambil membawa borang 2nd decoder untuk diisi oleh jiran anda. Anda buat buat la macam borang itu borang peraduan gores dan menang, nescaya lepas tu anda akan tersenyum riang kerana decoder Astro yang akan datang sendiri ke rumah anda ! Hehe..
- Teknik kedua, anda akan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kental dan jitu serta mampat untuk menjayakan misi ini. Hehe.. Misinya adalah, anda dikehendaki memanjat rumah anda, lalu menyusur ke bumbung, kemudian pasang kuali gulai kawah beserta sticker bertulis ASTRO ! Selepas itu, anda sambung wayar ke TV anda ! Walaaaaa.. "Astro" anda siap sedia beraksi ! Haha..
- Teknik ketiga, anda dinasihatkan, mengurat operator Astro setiap hari. alaaa.. Yang "tekan 1 untuk bahasa malaysia..." tu.. hehe. Untung untung anda dapat lapan bijik decoder Astro free of charge ! Weh.. Rezeki jangan ditolak tau !
Apa macam? Nak Astro? Hehe.. Ini hanyalah rekaan semata mata, tiada kaitan dengan mana mana pihak pun. Hehe.. Tak elok mencuri ni. Beli je, pastu amik pakej yang RM39.85 tu. Hehe.. Banyak channel pun kalau tak tengok sangat, rugi jugak woo.. kan kan kan? :P
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks