3 Cara Elakkan Kepedihan Memotong Bawang !





                Yuhuuuu.. Anda bersama lagi dengan Udin ! Sambil sambil aku mengemaskan dapur dalam game ni kan, aku berkesempatan untuk mengsharekan teknik teknik rahsia, bagaimana nak mengelakkan mata mengalami kepedihan akibat memotong bawang !



                 Konpom la kan , bila kita potong bawang, kita akan diselubungi kesedihan teramat sehinggakan kita menangis tanpa henti ! Haha.. Padahal, time tu , kita sedang bergumbira sambil bergelek gelek mesra didepan dapur masak !



                 Mari kita mengelakkan perkara ini berlaku, karena air mata kita ni sangat la bernilai. Membazir woo bil air kita nanti. Haha..







  • Cara pertama

    • Memotong bawang dengan menggunakan Sut Astronaut. Apabila anda sudah memakai sut sebegitu, nescaya air mata dan kepedihan tidak akan terjadi lagi tatkala anda ingin memotong bawang ! Style pun style jugak ! Silap silap ada offer jadi angkasawan, sapa la tau kan? Haha



  • Cara Kedua

    • Anda dikehendaki memotong bawang dengan menutup mata. Bagi mengelakkan kepedihan yang berterusan, menutup mata merupakan cara yang paling berkesan. Tapi jangan tersilap langkah , kerana dek mengelakkan kepedihan itu, anda bakal kehilangan sesuatu yang berharga ! Haha.. Apekah? 



  • Cara Ketiga

    • Dalam cara ketiga ni, bantuan rakan amat diperlukan. Anda dinasihatkan untuk meminjam mata kawan anda untuk dijadikan mata anda ,sambil anda memotong bawang. Apabila ini berlaku, anda takkan mengalami pedih mata lagi. Yahoo! .. Erkk.





             Haaaa.. Kan dah dapat cara terbaru ni kan, ape lagi. Jum buat cekodok bawang jom ! Haha.. Pssttt.. Jangan lupa hantar kat aku sikit. :P






0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post