Huhh.. Huhhh.. Huhhhh.. Aku sampai jugak ke kotak pengupdatean blog Sengal Zone ku ini, setelah pergi mengsetelkan beberapa hal. Hehe... Eh.. Korang ada rupanya ! Haluuuuu ! Amacam? Sihat tak malam ni? Hehe.. Aku sihat jek, cuma nak gi bilas kain je jap lagi. Hehe..
Kalau korang perasan, ni untuk yang duduk area Shah Alam la kan, bulan kelihatan bersinar. Hehe.. Mengambang woo... Ni karang ada yang jadi serigala jadian karang. Takpun jadi gorila raksasa macam Goku tu. Hehe.. Cantik woo .. Hehe
Ayuh ke topik entri aku malam ni sebelum aku nak mengtido kan diri ini. Ermm...Korang perasan tak, kaum lelaki yang gagah perkasa pun ada kala nya kelihatan comel lotey? Hehe.. Maksud aku kat sini, yelah, lelaki ni kan selalu dikaitkan dengan ketangkasan, kemachoan, kekuatan, keultramanan, kepower rangeran. Kan kan kan? So, sedar tak korang , kadang kadang lelaki ni bila sedang melakukan sesetengah perkara, ia akan menyerlahkan kecomelan mereka secara tidak sedar? Hehe..
Okeh, berdasarkan pengalaman aku, pemerhatian aku kan, sesetengah perkara itu adalah :
- Apabila lelaki bermain dengan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, kura kura, tungtung, harimau dan sewaktu dengan nya. Haha. Tak caya? Try tengok bila diorang dah mula kushyuk dengan kawan kawan peliharaannya itu. Hehe..
- Apabila lelaki itu meminta sesuatu barangan budak budak seperti ais krim, mainan, DVD, mahupun barang barang ringkas macam keychain comel. Aku nak terangkan pun, aku yang mengalaminya berdasarkan kata kata Cik Teddy aku . Heeee.. So.. Try la usha ~
- Apabila lelaki itu dengan ibu mereka. Ini memang la bertepatan, sebab, selalunya lelaki akan rapat dengan ibu mereka. So.. Dari situ, korang akan nampak kecomelan si lelaki itu. Tak caya? Jum ikut aku balik Kuantan. Haha..
Hmm.. Tu la serba sedikit info yang aku dapat share kan. Sebenarnya banyak lagi tanda tanda dia. Tapi dek kerana aku risau takut tiba tiba internet ni jadi bengong. Maka aku percepatkan proses pengupdatean ini. Hehe.. Kalau korang ada pendapat berlainan, boleh je luahkan. Bak kata omputih, sharing is caring wooo.. So.. aku dah ngantuk.. Jadi.. selamat malam pembaca pembaca Sengal Zone ! Tido jangan lupa basuh kaki tau ! :)
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks