Assalamualaikum. uih malam dah ke? Hehe.. Patut la gelap gelita je. Erm.. Dek kerana aku still bermasalah dengan internet aku ni, proses pengupdatean terpaksa dilakukan dengan secara ala kadar ! Korang ingat mcd je ade set ala carte? Update pun ada tau. Hehe..
Erm, hari ni aku nak bagi 3 sebab kenapa cinta kita selalu ditolak. Berdasarkan pengalaman aku sebagai mat bunga selama lebih 30 tahun semut ni. Aku berjaya membuat keputusan dan kajian yang cemerlang gemilang dan terbilang. ecehhh.. Mari kita ikuti 3 sebab musabab itu.
- Sebab pertama, Tiada keserasian, Okeh, ni paling utama kot. Yelah, asal si BF tu nak makan MCD, GF pulak nak makan KFC, pastu dok berbincang lapan jam pun tak sudah sudah. Masing masing taknak mengalah, last last breakup, hanya kerana makanan segera je. Haihhhh.. Baik bagi aku je KFC dan MCD tu . Ngeh ngeh..
- Sebab kedua, Perangai ! Hmm.. Camne nak explain eh, haaaa.. perangai anda yang terlampau ego or terlampau kanak kanak<-- macam aku je. boleh mengundang bahaya kalau anda nak mengorat or mentekel seseorang itu dengan jayanya. Bukan takleh, boleh, tapi sesekali la, ni kalau korang ego tak bertempat , tak ke rimas si dia? Hehe.. Tu belum lagi jadi budak budak dari first kenal sampai ke setahun perhubungan tu, tak fedup ke pasangan anda? hehe
- Sebab ketiga, Selekeh ! Haaa.. ni pun salah satu sebab yang membuatkan cinta anda ditolak sewenang wenangnya. Erm.. Try bayangkan, kalau anda keluar dengan si dia, tup tup segerombolan lalat mai dok nak berkawan dengan korang. Haha.. Tak ke itu akan membuat tekak pasangan anda loya? Hmm.. Uwekkkk !
Haaa.. Amacam? Dulu aku pun selalu gak kena rejek mengrejek ni. Lastly jumpa cik teddy, terus accept aku seadanya even kekurangan terbesar aku pun dia sanggup terima. Hehe.. Susah woo nak jumpa orang yang sanggup terima kekurangan kita. Kan kan kan? So.. Hargai la orang yang mencintai kita seadanya. Paras rupa bukan penting sangat pun. Lama lama berkedut jugak. Heeee.
P/S : Cintai Allah lebih dari segalanya itu sewajarnya ! ;)
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks