Assalamualaikum dan selamat petang ! Weh.. Aku bangun lambat ini hari ! Haha.. Terbaik dari ladang gandum ! Bangun bangun je terus on Laptop, dengan muka sememeh capai air blackcurrent yang aku dapat free dari UNISEL semalam. Cicah pulak dengan roti coklat Gardenia yang enam kupang tu. Memang la heaven ! Hehe
Well.. Sekarang ni pun tengah dalam dilema , nak pergi makan dekat restoran yang mana satu, since rumah aku ni berdekatan dengan beberapa kedai makan. Jadi ia membuatkan aku dalam dilema senantiasa. hahaha..
Hmm.. Populariti? Sapa taknak populariti ? Aku? Kalau aku cakap aku taknak , korang konpom tak percaya kan? Haha.. Adehhh.. Aku taknak kepopularitian ni. Seyesss... Tak tau la orang lain kan. Hehe. Kan kan kan?
Aku dah banyak kali diperdengarkan dengan ayat, " Sengal Zone ko dah popular la!" , "Udin, ko dah femes siut!" dan berbagai bagai lagi susunan kata yang maknanya satu je. Iaitu " Populariti" . Haihhh.. Itu la tempias yang perlu di hadapi oleh setiap blogger woo.. dan bagi aku, cukupla aku jadi diri aku sendiri. Takde orang kenal pun takpe. Sebab, makin ramai orang kenal kita, makin dalam kebahayaan la kita ni.
Kenapa? Yelah, serba serbi diperhatikan. Kesilapan kecil yang cinonet je mampu untuk kita rebah tersembam ke bumi ni. Haaa.. cium lantai lak tu. Hishhh.. Takut eden..
Kebanyakkan blog yang aku skodeng tanpa disedari kan, sama ada aku skodeng di CC, pakai laptop member yang ada broadband , mahupun pakai laptop aku yang macho bergaya ni kan, rata rata memang ada mengejar populariti. Macam mana? Alaaa.. kalau korang baca entri entri dia pun korang leh tau kot. Hehe.. Tu baru dalam entri , belum lagi dekat cawangan online yang lain. Haha..
Akhir kata aku, tak salah pun nak popular ni, biarlah dengan cara yang betul. Ni kalau dok raih publisiti murahan, dok kutuk sana sini, mencarut bagai bagai, pilih kasih la, apa barang? Haha.. Tersentap? Ini luahan hati aku je. bukan menunding ke arah mana mana pihak tau. Sapa makan semut, dia terasa bau dia ! =)
P/S : Aku suka pergi kedai buku Popular ! Sejuk je dalam dia ! haha
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks