Haluuuuu.. Datang lagi mamat bernama Udin ni kan? Haha.. Jangan fed up okey ! Aku datang kali ni dengan tips bernas terbaik dari ladang gandum ! Haha.. Gandum pun tak terbaik macam beras ! Aku sayangkan beras a.k.a nasi ! Haha..
Korang tengok, kan dah melalut dah aku. Haihhhh.. Ni la payahnye bila dah mula menaip, takleh berhenti tau tak. Haha. Kekadang, aku kena stop kan tangan serta jari aku ni menggunakan kaki aku. Hahhh.. Amacammm?? Nak try?? Haha..
Okeh la, aku nak bagi tips kesegaran blog ni. Korang ingat rumah je ke nak segar? Blog pun nak segar jugak woo.. Baru la bila kita masuk boleh tenang perasaan ! Ecehhhh.. Jum je la layan 3 tips ni ! Hehe..
- Tips pertama
- Blog anda merupakan aset yang amat berharga kalau ditatang bagai minyak yang penuh. Hehe.. So.. Untuk pastikan ia senantiasa menjadi segar, sila la update blog mengikut irama serta tempo yang sekata. Hehe.. Boleh paham tak?
- Tips kedua
- Blog anda jugak memainkan peranan penting untuk menceriakan anda di saat anda tergolek dek tersalah step ketika naik eskalator, tersadung batu kuari, dan macam macam lagi. So.. Apa salahnya anda mempelbagaikan entri anda, jangan terlalu stick dengan satu tema je. Lama lama konpom , ada yang fed up. Kan kan kan?
- Tips ketiga
- Blog anda boleh dijadikan sebagai penghubung antara rangkaian. Ecehhh.. Maksud aku kat sini, ia sebagai tempat untuk mencari kawan baru. Bila anda berinteraksi melalui komen, shoutmix, dan segala sumber perhubungan, ia akan merapatkan ukhwah sesama kita. Betul tak? hehe.. Dapat kawan baru woo.. Secara tak langsung, blog korang fresh ! Hehe..
Erm.. tu la dia tips nak segarkan blog anda ! Hehe.. Aku dah segar dah lepas mandi tadi, korang bila pulak? hahaha..
P/S : Aku diserang migrain ni .. Adehhh.. So.. Esok aku settlekan apa yang perlu okeh? Esok gak aku terjah blog korang ! Target aku 200 blog ! :)
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks