Assalamualaikum .. Hehe.. Menjengah ke pukul 8 malam dah ni. Ini berita ringkas. Ecehhh.. Macam dalam radio la pulak kan. Hehe.. Ermm... Well.. Aku still lagi meneruskan pengstudyan aku. Dari petang tadi duk baca notes ni. Tak kira , tak kira, walaupun aku agak lemah sikit bab bab menghafal ni, akan ku teruskan jua. Aja aja fighting Udin !!!
Okeh, sambil sambil aku mentelaah ni, aku teringat kejadian semalam. Kejadian aku dipandang agak kurang asam akibat aku pakai kain pelikat pergi ke kedai runcit ! Haha.. Ye, aku akui, aku gemar pakai kain pelikat, sebab dah ia memberikan keselesaan tanpa mengenal erti jemu ! Haha.. Boleh tak aku cakap macam tu?
Lagi pun , ia tradisi kot. Aku tengok , ramai budak budak muda sekarang ni dah lupa cara nak pakai kain pelikat dan batik woo.. Haha.. Nak je aku buat research kang. Tentang pemakaian kain pelikat dan batik di kalangan remaja masa kini. Hehe..
So.. Di kesempatan ini yang tak berapa nak sempat kan, aku melancarkan kempen memakai kain pelikat dan kain batik bagi pembaca pembaca blog aku ni ! Sapa SOKONG, sila buat entri tentang KAIN PELIKAT dan BATIK. Tak perlu la mention nama blog aku pun takpe. Hehe.. Ini kempen je..
Sapa sokong? Sila buat tangan macam saya <---- Ucop Kak Limah. Haha ! So.. Aku dah bagi idea korang untuk buat entri kan? Sahut la kempen memakai kain pelikat dan batik di dalam dunia blog ni ! Wohhooooooooooooooooooooooo !!!
P/S : Doakan aku ye untuk paper Communication Law and Ethic ! Huhu.. Cuak dah ni !
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks