Buat Apa Kejar Traffic?





           Assalamualaikum dan selamat ke tengah malam ye pembaca pembaca ku sekalian alam ! Hehe.. Ada yang dah prepare tempat tido ke? Kibas sana kib..as sini. Hehe.. Kalau tak, tentu gatal gatal kan ? Hehe.. Eceh.. Nasib baik aku ni jenis yang kipas dekat hujung kaki. Takyah nak kibas kibas dah, automatic mengibas  ! Haha..



             Okeh, abaikan tentang trajedi kibas kibas lipas tu kan, sekarang ni , aku nak cakap tentang aktiviti kejar traffic. Tak kira la sama ada traffic light mahupun aiskrim traffic light yang lima kupang tu kan, lagi lagi traffic dalam blog. Haaa.. Tentu ramai gila yang mengejar traffic kan? Ecehhhh.. Aku pun tak terkecuali okeh .. Hehe.. Jujur ni tau !



               Hmm.. Secara ikhlas, aktiviti mengejar traffic dalam blog sebenarnye tidak la menyihatkan woo.. Serius. Kenapa? Korang try la bayangkan, mengadap laptop 24 jam memerah idea, pastu jari jemari yang menaip, haha Tak ke nanti, hanya jari jemari je yang segak dan sasa, bukan badan kita? Haha..



                Kalau dari segi tu, takpe lagi, ni dari segi kita dengan manusia lain. Haha.. Yang dok kejar traffik tu, kutuk sana sini, aibkan orang tu, orang ni, berbangga diri, riak, dan segala macam perbuatan yang boleh menyebabkan badan kita menyendeng ke arah kiri. haaaa Sapa nak jawab tu semua nanti?



                 well.. Aku pun lebih kurang sama jugak. Mengejar traffik kekadang buat aku lalai, leka, lupa kewajipan sebagai seorang muslim. So.. Sekarang ni, aku berazam nak try mengubah diri ini dalam dunia blogging yang makin mencabar ni supaya aku dapat membahagi kan masa antara dua dunia yang berbeza ni. Yeee.. Dunia maya dan dunia realiti !!



                   So.. Aku nak sampaikan disini, buat apa la dok kejar traffik mencanak canak, kalau amalan kita yang wajib tu ditinggalkan, hubungan sesama manusia tak elok dan kita mencipta huru hara? Kan kan kan? Fikir fikirkan, dan selamat beramal beserta selamat malam ! Hehe..







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post