Membangga Diri Dengan Harta Mak Ayah !







               Assalamualaikum warahmatullah.. Hehe.. Lama kita tak bertemu kan? Hehe.. Well ini bukan pintaku untuk tidak mengupdate blogku ini. Tetapi faham faham la bila internet sudah tiada lagi di rumah ku. Dunia blogging ku ini bagaikan gulap gulita tanpa arah tujuan. Ecehhh..



               Betul la.. Internet aku memang dah tiada lagi. Sedih ni tau tak.. Aku siap pinjam kain abang meja sebelah aku untuk lap hingus aku ni. Haha.. Memang kejap lagi aku kena tibai la kan. Hehe.. Amacam kehidupan korang? Okeh ? Lama dah tak dengar perkhabaran dari korang. Hehe..



               Well.. Tadi, time aku sedang menyiapkan report aku ni. Aku terdengar perbualan dua orang yang aku rasa agak berada la dari segi perbualan beliau. Hehe.. Yang aku tak boleh blah, sorang ni dok cakap "Setakat RM10 000 tu ayah aku takde hal la." Hehe.. Sesekali , aku hanya tersenyum simpul. Dalam hati kecik aku ni, dok cakap, "harta duniawi" hehe.. Tu la pasal aku tersengih sengih macam kerang wangi tu.



                Disini, bukan kedengkian menjadi motif utama, tetapi aku hairan, budak budak muda sekarang memang camni eh? Membangga dengan harta mak bapak? Haha.. Aku serius tak heran. Yang buatkan aku rasa angin tu, cakap nak kuat kuat je. Nak bagi satu tempat tu dengar. Haha.. Kalau camtu , memang dia dah berjaya la, sebab aku dah dengar. Hehe..



                 Aku bangga dengan golongan belia yang berjaya hasil titik peluh sendiri. Even jual burger sekali pun. Tapi pakai EVO wooo.. Terbaik kan? Hehe.. So.. Aku harapkan satu hari nanti, aku akan berjaya atas hasil titik peluh aku sendiri jugak. Kepuasan lebih terasa kan? Hehe..





P/S : Kumpul harta dunia banyak banyak, tapi bekalan untuk akhirat takde tak guna la der ! =)









0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post