3 Teknik Mengorat Jiran Sebelah Rumah !





               Wohohohooooo.. Sila bertempik ikut irama tango ye rakan rakan sekalian. Sebab kejap lagi aku nak bagi tips mengorat versi playboya dan playgirly ! Haha.. Jadi, sementara itu, mari ikuti mukadimah aku yang tidak la terlalu straight to the point. Haha..



              Seperti mana anda anda anda tahu, tergagap pulak pakcik ! Haha.. Seperti mana anda tahu kan, perasaan cinta itu datang secara tiba tiba. Kan? Kadang kadang jugak, ia hadir dengan membawa taman kedalam hati. Maka jadi la dalam hati ada taman der ! haha



               So , dalam entri ke 4 aku hari ni, aku nak bagi teknik nak mengorat jiran sebelah rumah versi SENGAL okeh. Hehe.. So, any consequences sila tanggung sendiri ye ! Hehe.. Jomm kita skodeng !!!





  • Teknik pertama : Balingan Manja !

    • Nama teknik ni berdasarkan cerita Manjalara okeh ! Si pengorat dinasihatkan berdiri di tepi rumah jiran, lalu merengek rengek berbunyik "UUUUUU" atau "Awaaakkkk" dan kemudian baling batu sebanyak 3 kali ke kereta, tingkap dan pasu bunga jiran yang dihajati. Nescaya selepas itu, perhatian akan diberikan lebih oleh jiran yang diminati tersebut ! Haha



  • Teknik kedua : Sapuan Bertenaga !

    • Dalam teknik mengorat ini, si pengorat dinasihatkan membawa penyapu bersaiz gedabak lalu pergi menyapu halaman rumah jiran diingini. Kalau tak boleh halaman, depan pagar pun boleh. Cara nya, sapu lah rumah beliau sekuat hati dan tunjukkan betapa anda enjoy aktiviti menyapu. Confirm si jiran akan skodeng dari celah tingkap or langsir, kemudian terpana ! haha.. 



  • Teknik ketiga : Bauan Keramat !

    • Anda yakin bau anda wangi? Maka, itu la cara yang salah untuk mengorat ! Actually, selepas krang habis berjoging enam pusingan atau lebih, mesti korang akan berpeluh peluh kan? So.. Gunakan peluang ini sebaik baiknya, jangan sia siakan tau. Haha.. Cara nya, letak kipas stand mengadap ke celah celah ruang kosong yang mampu masuk ke rumah jiran anda tanpa halangan. Kemudian berdiri menghadap kipas tersebut. dalam erti kata lain, anda kena berdiri depan kipas tersebut. Kemudian, dengan peluh peluh membasahi bumi, menari nari sedikit agar aroma dia tak lekang dek hujan , tak luput dek Febreeze. Nescaya hasilnya amat memberangsangkan ! Haha.. That is natural perfume okeh ! 







             Haha.. aku rasa macam dah buat karangan panjang lebar dah ni. Haha.. so.. Jangan lupa praktik ye ! Ini sifu cinta khas dari Sengal Zone ! Hehe.. Adiosssssssss !!







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post