3 Sebab Legging Tak Patut Di Pakai !





             Adoiiiiiiiiiiiii ! Sapa la pi letak transformers pink dalam blog aku ni hah? Kan dah terkehel jari kaki pakcik ! Hehe.. Ehhhhh.. Haluuuuu korang ! Apa macam ini hari? Ada baik ka tarak? Hehe.. Well.. Aku baru lepas menjamu selera dengan menjamah serawa durian cicah dengan roti gardenia ! Terangkat kening wooo ! Hehe..



               Baiklah, beberapa hari ni, aku lihat "legging" je tiap tiap hari. Ye lah, aku drive pi hantar adik aku pi keje pun aku nampak itu seluar ketat, aku pi kedai beli barang dapur untuk mak aku pun aku nampak keketatan itu. Boleh dikatakan, hari hari aku di isi dengan keleggingan itu ! Haha..



               So.. Aku nak bagi 3 sebab yang aku rasakan legging itu tidak patut di ketengahkan dalam arena perfesyenan kita ni. Hehe.. Dan ia adalah .....









  • Ketat dan sempit !

    • Sebab pertama ni adalah, legging tu ketat kan? Korang tak rasa sempit ke? Bila sempit tu, time peluh peluh , ia tak berbau ke? Haha.. Aku ni hah, pakai ketat ketat pun dah rasa macam tak pakai apa apa woo.. Korang tak rasa sebegitu ke? Haha.. 



  • Penyebab lelaki kemalangan !

    • Apabila seorang wanita memakai pakaian yang ketat sana sini, confirm la lemak lemak berlebihan akan tertonjol kan? Ecehhhh.. Bila benda tu terjadi, try bayangkan korang berdiri tepi jalan dengan keketatan yang melampaui batas, kebetulan saat itu , kitorang yang lelaki ni sedang drive ! Haaaa.. Tak logik la kalau lelaki tak pandang kan? Tak ke boleh menyebabkan kemalangan pada kami si lelaki. Tak kesian ke? Hehe.. 







  • Penambah dosa !

    • Haaa.. Ni kalau aku tak cakap pun takpe kan, tapi nak bagitau jugak, tak kira ! Hehe.. Tahu kah kamu, wanita yang mempamerkan susuk tubuh dan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh itu berdosa ? Hehe.. Bukan tu aje, orang yang melihat nya pun turut sama berdosa woo ! Jadi, korang nak ke dosa korang bertambah dengan mendadak? Haha.. Kalau aku, tak nak woo.. Dosa aku pun tak tau dah banyak mana, ni kan pulak nak menambah lagi dosa dengan benda simple mimple ni . Haaaa.. Renungkan ! 









            Haihhhh.. Aku menaip entri sebegini bukan untuk mengkondem atau memperli mana mana pihak yang memakai seluar ketat tu. Tidak !! Ini hanya lah nasihat sesama umat ! Teguran dek kerana aku asyik dihidangkan dengan model model seluar ketat tersebut. Huhu.. Fesyen kita sekarang ni makin menjerumus ke arah pembukaan aurat ! Tudung makin di pendekkan, seluar makin diketatkan, kolar makin dilabuhkan, Haihhhh.. Ini bukan kemajuan, ini KEHANCURAN !!! Betul tak? Kalau setuju buat tangan macam Usop Kak Limah ! Hehe.. Chow sin chi !!! :D












0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post