Assalamualaikum.. Selamat hari Isnin ye ~ Permulaan hari yang indah, dengan burung burung berterbangan, katak katak berlompatan, ikan ikan dikualikan dan macam macam lagi. Camne hari korang? Elehhhh... Mesti syiok kan? Haha
Well.. Di sini aku sedang memerhati seekor burung dok mengorat seekor burung lagi kat atas wayar elektrik ni. Memang kiut dua dua ni. Rasa nak tangkap je. Tapi apakan daya, tangan tak sampai. Haha.. Jadi, aku teruskan aktiviti skodeng aku dengan penuh berhemah okeh.
Cerita burung tadi kita abaikan kejap, sebab aku nak bagi teknik rahsia mengorat ni. Nak? Haha.. Teknik ni direka bersesuaian dengan situasi masyarakat kita ni. Betul ! ku dulu pernah praktikkan, tapi malangnya aku kecundang ditengah jalan. Haha..
Korang nak try? Jum ikuti beberapa teknik terulung dari kampung daun bercabang ~ Haha
- Teknik Rahsia 1
- Mengurat menggunakan lemah gemalai. Maksudnya disini, dalam page 2345 rangkap ke 12 menyatakan "Jika seseorang itu berlemah gemalai bagai belalai, maka akan termasukla orang yang dikehendaki tersebut pun dengan lemah gemalai kepada anda yang lemah gemalai". haaa.. Korang paham ke tak ni? Aku pun tengah lemah gemalai ni. Haha
- Teknik Rahsia 2
- Mengurat secara bertubi tubi. Maksudnya disini pulak, bila kita terjatuh hati kat seseorang, kita sewajarnya pergi ke rumah beliau, dan duduk bertentangan dengan 3 orang, iaitu Mak , Ayah, dan Suspek, lalu bertubi tubi mengayat ketiga tiga orang ni. Maka lebih afdal sedikit perhubungan itu. Sebab yang dingoratkan adalah 3 orang sekali gus. Mana la tau kan, rezeki tu lebih sikit, terus mak bapak dia kahwinkan. Hehe..
- Teknik Rahsia 3
- Mengurat bersarung. Maksud yang ni pulak adalah, dalam buku Prof Pelikabatik menyatakan, "Seandainya kedua dua cerpelai memakai kain sarung yang lain dari sarung nangka, maka mudah la bagi pasangan itu ketemu pacar dan cowok serta cewek dan juga buwek.." Senang cerita, korang pakai je kain batik dan kain pelikat time jumpa mak ayah pasangan korang. Confirm di approved ! Hehe..
Itu lah dia tadi sedikit bingkisan buku Anda Gagal Bercinta? Aku Pun. Haha.. Nak beli? Pesan penulis buku ni, dia cakap korang try la sambil dengar lagu poco poco okeh? haha..
P/S: Ada makna tersurat aku sembunyikan. Dapat cari tak? Hehe..
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks