Yuhuuuu.. Aku kembali lagi dengan mainan pintu ke populariti ! Haha.. Korang ingat aku Doraemon ke? Hehe.. Takpe takpe, aku tau ramai nak jadi popular kan? Nak dikenali ramai, nak masuk paper, majalah dan lagi best masuk TV, Astro. Kan kan kan?
Elehh.. Geleng geleng konon. Hehe.. Aku pun dok angguk angguk ni hah.. sambil angguk angguk ni layan lagu Metallica pun layan ni. Ehhh.. Menyimpang pulak aku kan. Takpe, menyimpang sekali masuk jalan yang betul takpe kan? Hehe.
Baiklah, aku nak straight to the point nih.. Bersedia untuk membaca dengan nada yang perlahan serta berbisik ye. Jangan kuat kuat, anak jiran tu tengah sedap tido. Sat lagi terbangkit, naya la korang nak kena jaga ! Hehe.. Ermm.. aku meneruskan lagi ye karangan aku ni . Mana la tau dapat bintang lapan bijik ke kan. Hehe..
Setelah mengkaji beberapa aspek, serta menonton tv dan youtube serta Teletubbies dan Wonderpets. Aku dapat buat satu kajian berkaitan dengan populariti ni ! Dinasihatkan, ini hanyalah pendapat aku okeh, tak terdorong untuk menyerang mana mana individu. Sebarang pautan atau keterasaan, aku mintak maaf bebanyak. Be professional okeh ! Hehe
Okeh, 3 kesan buruk dari populariti adalah ~
- Kesan pertama, populariti mengubah personaliti ! Yee.. Tak percaya? Bukan semua la yang berubah, ada sesetengah je yang bila dah popular, lupa abes kat orang . Terutama kawan kawan la. Ye la, mana tak nye, bila dah popular, ramai "kawan" baru datang dalam hidup dia. Hidup dia pun jadi tak sepi dah. Hohoho.. Dan lagi teruk, Mak bapak dan keluarga pun dilupakan ! Haihhh..
- Kesan kedua, bongkak, sombong dan riak berleluasa ! Haaa.. Ni memang wajib dan seiring dengan populariti woo. senang cerita, bila dah popular. Semua benda yang dibuat dirasakan betul. Wohooo.. Tak boleh ditegur, kalau ditegur pun, kita yang kena kondem balik woo.. Kan kan?
- Kesan ketiga, pilih memilih bulu ! Ni lagi satu, bila dah popular je, benda ni akan jadi jugak. Haha.. Mereka akan pilih orang yang setaraf dengan dia je baru boleh bergaul dan ada kelas ! Perghh.. Orang orang yang lain susah woo nak bergaul dengan dia.. Kena jadi kipas angin baru boleh masuk ! Haihhh.. dunia dunia ~
Hmm.. aku rasa cukup la setakat ni, Apa yang mampu aku katakan adalah, populariti adalah satu ujian dari Allah sebab Dia nak tengok mampu tak kita kekalkan diri kita ni kalau Dia bagi satu kelebihan tu. Dan ia jugak bermakna, makin besar la tanggungjawab kita pada orang lain woo.. Pastu makin banyak la mata yang melihat dan menanti kesilapan cenonet kita buat ! So.. Fikir fikirkan dan selamat beramal ~ Hehe..
P/S: Aku taknak popular ! Haha.. Lantak la ! aku tak kira ~ :)
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks