Ubat Nyamuk, Kau Memang Wangi !

     Assalamualaikum.. Apa korang tengah buat saat ni? hehe.. Aku sedang menyiapkan assignment aku yang akan disubmitkan pada keesokkan hari nya, hehe.. Sambil sambil dok siapkan assignment ni, aku mengusha usha Facebook, Blogwalking, dan melihat mak aku buat akaun Facebook ! hehe..

  

      Disini, aku nak mengomel tentang ubat nyamuk. Boleh tak? Mesti la boleh kan, sebab ni adalah salah satu benda penting yang mesti ada kat kampung halaman aku dan jugak rumah sewa aku. Sebab aku ni sangat la alergik sepi nyamuk ! Diorang menyerang aku tanpa segan silu dan meratah aku hidup hidup ! haha.



      Sejak kecil, aku memang sangat memusuhi nyamuk. Mereka menyebabkan tangan dan kaki aku berbekas garu. huhuhu.. Dan nak tahu something? disebab kan mereka ni jugak lah, aku kena demam kus kus denggi setahun yang lepas. Jenuh jugak la mak aku bawak berbotol botol 100 Plus dengan Sup Ketam untuk mengurangkan tahap kepanasan dalam badan ku !



       Dekat rumah sewa ku di Shah Alam, aku tak boleh guna ubat nyamuk dekat bilik ku sendiri sebab ada sorang budak bilik aku yang alergik ubat nyamuk ! haha.. Maka disebabkan menghormati beliau, aku tak pasang ubat nyamuk tersebut. Dan disebabkan menghormati beliau gak la aku rela diriku diratah dan digigit nyamuk raksasa tersebut.



       Hmm.. Aku jugak suka bau ubat nyamuk yang macam pusaran tu. Sebab ia macam bau kat kampung halaman. Nyenyak je tidurku tatkala terbau bauan ubat nyamuk itu. hehe.. korang nak tau tak, antara ubat nyamuk yang spray tu dengan yang bakar tu kan, ubat nyamuk spray tu lagi berbahaya pada kesihatan taw !.



      Disebab kan aku dah terasa macam mengarang karangan 18muka surat kan, aku nak memendekkan karangan aku untuk malam ni dengan membuat rumusan bahawa, ubat nyamuk pusaran dapat menghalang nyamuk dari mengacau telinga kita ! hehe dengan itu aku nak mengucapkan, Selamat Malam sahabat sahabatku ! Esok kita jumpa lagi ye..









P/S : Jangan lupa pasang ubat nyamuk or kelambu okeh? :)

     

0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post