3 Tips Untuk Mendapatkan Jodoh

            Huarggghhh ! Ngantuk dah aku ni ! Hehe.. Tapi mata ni bagaikan ada gam gajah yang dok menari nari depan laptop ni. Haihhh.. Nak tido ke tak nak ni? hehe.. Jap lagi lah tido .. Aku nak bagi sesuatu tips yang amat berguna bagi  pemilik diri yang masih bujang, single or solo molo.



            Hehe.. disebabkan aku ni seorang yang suka kan kejiwangan di tengah malam, maka aku mendapat idea untuk berbuat entri tentang ini ! hehe.. Well, aku tau setiap orang ingin kan pacak pacar ! hehe.. Siapa lah yang nak hidup berseorangan kan? Korang nak ke bercinta dengan cermin? haha aku taknak weh ! Serammm !



            Okeh, oleh kerana mata aku dah mula menjadi kuyu dan seperti mata apek jual roti yang pot pet bunyik moto dia. Maka aku nak mengrevealkan tips mencari jodoh versi aku ye ! Dan ia adalah :











  1. Tips pertama, berkawan lah dengan sebanyak mungkin, dari situ, maybe akan datang sinar yang menyatakan si dia adalah untuk anda ! Ia akan muncul dari hati korang. dan ia berdetik ! Magik kan?

  2. Tips kedua, jangan terlampau memilih , sebab bila dia ditakdirkan untuk kita, apa saja tentang dia, mesti kita suka jugak. Erm.. Kentut dia pun kita buat ringtone taw ! True tone lagik !

  3. Tips ketiga, niat lah dihati anda, yang anda mencintai dia kerana Allah. Sebab confirm la Allah akan tunjuk jalan dalam hubungan korang ni ! Serius, aku dah try ! hehe 





             Ada lagi banyak tips lagi, tapi aku rasa better aku bagi korang 3 jek, sebab, nanti meleret leret ke bawah pulak. hehe.. So.. pada yang single tu, try la guna tips ni, InsyaAllah berkesan ! Hehe.. Okeh la, aku nak tido dah, esok nak gi kelas pagi ! Nanti aku susah nak bangun kang ! Hehe.. Selamat mentido ye rakan rakan. Eh sebelum aku terlupa, Mega Project Sengal Zone 2011 masih lagi berjalan. Korang join la eh ! :D







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post