3 Pose Gambar Awek Yang Paling Digemari !



          Assalamualaikum dan good morning to all my fellow friends and stalker also etc.! hehe.. Pagi yang indah di Kuantan ni akan berakhir petang karang sebab aku akan bertolak ke Shah Alam bagi meneruskan semester akhir ku sebagai pelajar Mass Communication. Kesedihan agak menyelubungi daku, kerana terpaksa meninggalkan adik adik, mama and abah ku di desa permai. Ecehhh.. Macam raya la pulak kan. hehe



          Aku berhenti merepek kejap. Sebab aku nak tanya korang ni, dah mamam? haha.. Aku dah ! Aikk.. Aku tanya aku yang jawab sendiri. Memang syok sendiri betul la aku ni kan? Hmm.. Abaikan pergaduhan aku dengan diri sendiri kejap. Sebab aku nak meneruskan ke entri aku. Kalau aku dok merapu camni tanpa berhenti, sampai ke pagi lusa pun belum tentu akan habis. haha..



          Okeh, entri kali ni, aku nak cakap tentang pendapat aku tentang gaya / pose ambil gambar oleh awek awek atau gadis sunti di dalam dunia maya ni. Ni hanya la berdasarkan pendapat aku je la. Kalau korang tak setuju, meh sini kita pi lawan dam haji kat kedai ! Grrrr ! hehehe..



           Hmm.. Tanpa membuang masa dan kudrat jari jemari aku. 3 Gaya tersebut adalah :





  • Gaya pertama ni aku rasa lelaki pun suka buat. Aku pun 8 kali 5 jugak, hehe.. Gaya yang dimaksudkan itu adalah snap pic dari atas ! hehe.. Sanggup tu panjangkan tangan dan halakan ke muka dari atas. Hasil dia pun agak memuaskan. 

  • Gaya kedua ni aku pun rasa ramai gak awek awek buat, Snap pic sambil pegang lolita lolipop yang besar tu. Siap tutup mulut pakai lolipop lagi ! Cuba bayangkan kalau aku yang snap pic tu camtu tak ke nanti aku akan diserbu dan di belasah secara berirama? haha

  • Gaya ketiga dan terakhir ni aku pun rasa lelaki pun selalu buat. Hehe.. Gaya men"Snap" pic di kedai makan berjenama, macam TGI Fridays, KFC, MCD, dan sebagainya. Aku, bab ni lomah ni, aku dah la suka makan, buatkan selera aku nak pastu aku teringin plak. haha..  





            Okeh? Itu la gaya gaya yang aku rasa macam best untuk di sharekan ! hehe.. Korang ada tak buat gaya sebegini? Ada kan? Takmau ngaku eh? Geletek sampai pengsan karang ! Hehe.. Aku nak gi kedai jap, beli topup rm3. Berjimat itu besh ! :D Jumpa lagi ! Tata !



0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post