Mari Muhasabah Diri !





Selamat pagi !  ataupun Good Morning dalam bahasa omputih nya ! Sedap sungguh tidur malam tadi . Dek kerana hujan yang turun membasahi bumi Kuantan malam tadi membuat kan aku tido dalam kesejukan. Hehe.. Bangun bangun je on laptop yang dah tersedia depan tilam ni. Semangat nak update blog la katakan. Hehe.. Subuh aku solat okeh, aku dah bangun dah pukul 6.15 tadi, pastu lepas solat, aku menterbalik kan badanku diatas toto berhampiran ruang tamu rumah ku di kampung ! Perghhh.. best woo tido time hujan hujan camni ! Boleh buat kita diulit mimpi indah woo!


            Okeh, Aku tau time ni ramai yang sibuk sibuk bersiap, nak pergi office, nak gi kelas, dan ada jugak yang still membuta lagi kan? hehe.. Standard la tu. Tapi, dalam kesibukkan kita tu, apa kata amik masa sejenak untuk fikirkan tentang orang lain yang jauh lagi susah daripada kita. Hmm.. ye la, kalau kita buat camtu, InsyaAllah, kita akan senantiasa bersyukur. Walaupun kita ni tak la sesenang mana pun. hehe..



             Entri aku pagi ni, bukan nak menasihati ke apa ke, just nak mengajak korang bermuhasabah diri.Aku pun sama la jugak bermuhasabah sekali. So.. Aku sebenarnya nak bagitau, dalam kita dok asyik berblogging, jangan abaikan soal hukum hakam, perasaan orang dan sikap menghormati ! hehe.. Well.. Blog kita mencerminkan diri kita kat luar. Hehe.. So.. aku nak pergi berkebun jap . Nanti jumpa lagi ye. Tata ~





0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post