Alhamdulillah Dan Terima Kasih !




ini adalah header lama aku ! hehe :)




               Alhamdulillah ! syukur aku ke hadrat Illahi sebab aku dikurniakan sahabat sahabat blog yang sporting, baik dan juga sweet ! buktinya? Jumlah orang yang view blog aku ni makin lama makin meningkat. dan itu tanda yang gaya penulisan aku diterima oleh kamu kamu dan kamu ! hehe.. Rasa terharu sangat sangat bila aku bukak dashboard, dan tgk page views , agak bertambah! hmm.. tu belum kira lagi yang letak blog aku kat bloglist favourite diorang, yang letak blog aku sebagai entri , yang bagi pendapat serta review tentang blog aku nih ! Semua tu sangat la buatkan aku terharu sangat sangat.



               "Terima kasih sahabat !" .. Hanya itu je mampu aku ucapkan didalam blog ni. Kalau ikutkan hati, nak aje aku bagi present sorang satu, tapi apakan daya, aku bukan lah jutawan muda yang banyak duit. Hehe.. Hanyalah seorang pelajar universiti yang hidupnya sentiasa ingin melihat orang tersenyum dan bergembira. Maka terwujudlah Sengal Zone.



                 Dulu, permulaannya, aku agak merapu sikit, meraban, dan banyak menceritakan tentang diri sendiri je. Bak kata orang, masih tercari cari identiti sendiri dalam dunia blogspot ni ! kini, Alhamdulillah, aku dah tau dah resipi nak buat pembaca rasa macam aku ada je kat depan diorang tatkala diorang membaca setiap entri aku.  Resipi dia adalah, jadi diri sendiri. Macam mana aku kat realiti, macam tu jugak lah aku kat dalam blog Sengal Zone nih ! hehe..



                  So.. aku  pun taknak celoteh tentang sejarah, jadi aku nak ucapkan



"Terima kasih sebab baca, stalk, usha, skodeng, follow, join segmen, join contest, promote dan vote serta cakap tentang blog Sengal Zone ni ! Tanpa pembaca, siapa la aku dalam blogspot ni. Dan, aku memang tak mampu nak bagi apa apa kan, tapi aku mampu berdoa untuk korang agar korang berjaya dalam apa apa pun lah ! Cayalahhh!! Kita pasti boleh weh ! Aminnn"




P/S : Terima kasih dan sorry agak teremosi plak ! hehe.. aku nak tido dah ni.. Selamat malam kawan kawan ! :) 













0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post