Jangan Perlekehkan Blogger !

           Assalamualaikum pembaca pembaca merangkap teman teman aku di dunia maya ni! Macam mana keadaan korang malam ni? Aku harapkan semua sihat je okeh, almaklumlah, sekarang kan musim hujan. Jadi dah tentu ramai yang akan terkena demam selsema dan batuk batuk kan. Hmm.. Better kita mencegah daripada mengubati kan?



          Entri aku malam ni agak ringkas, aku tak berapa berkenan dengan entri yang meleret leret kebawah, tapi last last menghampakan korang pulak nanti. Hehe..



          Aku rasa kalau korang tengok tajuk entri ni dah tentu korang tau kan apa isi dalam dia? Tak tau? Ecehh.. Buat buat tatau pulak dah.. Hehe.. Erm.. Ada kawan aku tanya tadi, "Apa motif ko buat blog ni udin?" sambil dia tersengih manja. Identiti penanya terpaksa dirahsiakan sebab nanti dia jadi artis pulak kan.



          Well, nak tau jawapan aku? Aku cakap, "Aku buat blog untuk cari kawan, share pape yang aku taw, dan cari pendapatan sampingan". Bila aku cakap pendapatan sampingan, member aku tu gelak gile gile. Aku pun join jugak gelak. Kitorang siap bergelak seiringan lagi.



          Haha.. dek kerana beliau ni kawan aku, aku takde la nak touching touching. Memang la pelik kan, buat blog dapat duit, dan memang patut pun dia ketawa. Tambah tambah bila aku tunjuk Nuffnang aku yang Rm2.34 tu kan. Lagi la beliau gelak gila gila !



          Kemudian, aku cakap kat dia satu ayat je yang buatkan dia terdiam dan tersipu sipu malu. Nak tahu apa ayat dia? hehe.. Aku tanya dia "Ko tau ke rezeki ko Allah nak bagi bila?"..



        Dan, Akhirnya kitorg pun bergerak secara senyap ke kedai berhampiran untuk menjamah secawan teh tarik. hehe.. Dan member aku tu, dah bersemangat nak buat blog ! Hehe...





P/S : Suatu hari nanti , aku akan tunjukkan yang berblogging ni pun satu kerjaya ! Aminnnnn



0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post