Tampilkan postingan dengan label Kenangan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kenangan. Tampilkan semua postingan

Aku Taknak Tinggal Sebelah !



Dulu dulu, di sebuah sekolah rendah, tahun 1995 sebelum Nokia 3310 dan Space Impact tercipta..




Oudean :  Weh, ko berak dalam seluar eh? Eeeee.. Tak malu..


Seman  :  Mana ada .. Tu coklat nano nano la lekat.. ( gaya confident )


Oudean : EEEEEE.. Seman berak dalam seluar ! Aku kasi tau kawan kelas ! 


Seman : Takde laaaaa.. Tu coklat nano nano laaaaa ( Start nak nangis )


Oudean : Tak kira, ko tipu .. Ayooohhhh !! 


Seman : Ko nih... Tak nak kawan la dengan ko camni.. Uhukk uhukk..


Oudean : Taknak kawan sudah, namamu Dollah , k*p** mu sebelah !




Seman terdiam dalam seminit tiga puluh dua saat. Kemudian..




Seman : Ummm.. Dean....


Oudean : Ape? 


Seman : Kita kawan balek boleh?


Oudean : Kenape plak?


Seman : Sebab , aku taknak hilang K*p*k aku sebelah.. Nanti camne aku nak bagi anak aku minum  susu??


Oudean : Okeh, kawan balik ..




Maka, mereka pon berjalan merentasi longkang untuk mencari berudu yang disangka kan ikan pada waktu itu dengan penuh riang gumbira..








Koyok Ditempek : Ini adalah kenangan aku time kecik yang xdpt dilupekan. Hehe.. 16 tahun dulu..  Hmmm.. 







Read more »

Apa Kata Mak Korang ?













          Yuhuuuu.. Bertemu lagik kita ! Ehemmm.. Ekceli, aku baru je lepas amik adik aku balik sekolah rendah dia ! Hehe.. Dalam dok tengah drive tu kan, aku ter flash back ke zaman kecik kecik, kiut miut aku satu ketika dulu.





             Ermm.. Dizaman itu, aku boleh la dikatakan amat nakal dan degil sekali. Kalau tak kena bedal dengan penyakut baju dan lidi dari mak aku memang tak sah la ketika itu. Memang berbirat disamping ber"tatoo" la peha, lengan dan kekadang tempurung lutut ni. Well.. Tapi itu semua la yang membuatkan zaman kanak kanak aku best dan membentuk peribadi yang sekarang nih.. Ecehhh..





             Okeh, antara dialog yang paling aku suka dengar time kecik kecik dulu adalah








  • Angah, masuk lekaih, dah maghrib dah, satgi kena sorok satgi biaqpi !

  • Angah, jangan main kat tengah hari rambang, sat lagi kena sorok Hantu Botak !

  • Pi la duk luaq tu sorang sorang, sat lagi kena culik dengan orang naik van jual kat Siam sat lagi !









               Hehe.. Tu antara dialog dialog yang mak aku sering lontarkan ketika daku masih kecil ! Sekarang ni , aku nak tau apa pulak dialog kegemaran mak kepada para para blogger yang dok baca blog aku ni. Bukan apa, nak buat koleksi himpunan dialog lepas entri ni ! Hehe.. So.. Apa kata mak korang? ;)









Read more »

Ubat Nyamuk, Kau Memang Wangi !

     Assalamualaikum.. Apa korang tengah buat saat ni? hehe.. Aku sedang menyiapkan assignment aku yang akan disubmitkan pada keesokkan hari nya, hehe.. Sambil sambil dok siapkan assignment ni, aku mengusha usha Facebook, Blogwalking, dan melihat mak aku buat akaun Facebook ! hehe..

  

      Disini, aku nak mengomel tentang ubat nyamuk. Boleh tak? Mesti la boleh kan, sebab ni adalah salah satu benda penting yang mesti ada kat kampung halaman aku dan jugak rumah sewa aku. Sebab aku ni sangat la alergik sepi nyamuk ! Diorang menyerang aku tanpa segan silu dan meratah aku hidup hidup ! haha.



      Sejak kecil, aku memang sangat memusuhi nyamuk. Mereka menyebabkan tangan dan kaki aku berbekas garu. huhuhu.. Dan nak tahu something? disebab kan mereka ni jugak lah, aku kena demam kus kus denggi setahun yang lepas. Jenuh jugak la mak aku bawak berbotol botol 100 Plus dengan Sup Ketam untuk mengurangkan tahap kepanasan dalam badan ku !



       Dekat rumah sewa ku di Shah Alam, aku tak boleh guna ubat nyamuk dekat bilik ku sendiri sebab ada sorang budak bilik aku yang alergik ubat nyamuk ! haha.. Maka disebabkan menghormati beliau, aku tak pasang ubat nyamuk tersebut. Dan disebabkan menghormati beliau gak la aku rela diriku diratah dan digigit nyamuk raksasa tersebut.



       Hmm.. Aku jugak suka bau ubat nyamuk yang macam pusaran tu. Sebab ia macam bau kat kampung halaman. Nyenyak je tidurku tatkala terbau bauan ubat nyamuk itu. hehe.. korang nak tau tak, antara ubat nyamuk yang spray tu dengan yang bakar tu kan, ubat nyamuk spray tu lagi berbahaya pada kesihatan taw !.



      Disebab kan aku dah terasa macam mengarang karangan 18muka surat kan, aku nak memendekkan karangan aku untuk malam ni dengan membuat rumusan bahawa, ubat nyamuk pusaran dapat menghalang nyamuk dari mengacau telinga kita ! hehe dengan itu aku nak mengucapkan, Selamat Malam sahabat sahabatku ! Esok kita jumpa lagi ye..









P/S : Jangan lupa pasang ubat nyamuk or kelambu okeh? :)

     

Read more »

Nikmat 3 Saat !

..
Assalamualaikum dan selamat pagi wahai geng geng sengal ku! Sabtu, tentu ramai yang menyukai hari ini. Sebab hari ni cuti ! Dan aku pun tak yah pergi kelas ! hehe.. Korang dengar tak bunyi "kruk, krak" ? Tu bunyi perut aku rupanya. Abaikan ye bunyi tersebut. Nanti akan ku isi something, supaya bunyi tersebut hilang ditelan angin. hehe
okeh okeh, oleh kerana sekarang aku dah mandi, aku nak cerita something nih. Sebelum tu aku nak tanya, rumah korang ada tak shower yang panas tu? ala.. yang ada dua temperature tu, satu "WARM" satu "COOL". Ada kan? hehe tadi, time aku mandi, aku terkenang something tentang kampung halaman aku yang kat Kuantan tu. Korang nak tau tak, kat kampung aku tu mana lah nak ada air panas time mandi. hehe.. Semua air sejuk taw! dan, kekadang bila mandi, bukak je pili air pancut tu, air panas yang keluar untuk 3 saat, pastu baru kluar air sejuk ! hehe time tu rasa sangat selesa dan nikmat tak terkata woo.. Walaupun hanya untuk 3 saat mandi air suam/ panas, ia satu pengalaman yang best. Korang penah tak mengalami situasi sebegitu? hehe..
ni yang rasa rindu kat kampung nih! haihhhh ! nak balik !! =P
.

Read more »