Fesyen Tudung Makin Terdedah !





            Assalamualaikum rakan rakan blogger ku sekalian. Aku masih lagi online, menanti kan aku punya baju di ampaian kering dengan cepat kerana nampak gaya macam sudah mendung je kat luar ni. Risau gak, kot kot tetiba hujan lebat sekaligus. Hehe.. Eleh.. Korang ingat wanita je ke pandai mengemas ni? Lelaki sekarang pun dah maju dah, banyak yang boleh berdikari sendiri tau. Hehe.. Betul la. Tak percaya? Hehe



             Okeh, bila bercakap soal pakaian ni kan, aku memang amat suka, sebab aku suka berfesyen, tambah tambah fesyen simple and sedap serta selesa di pakai. Tapi hari ni, aku tak nak cakap tentang fesyen aku. Aku nak kupas sikit tentang isu tudung wanita sekarang ni.



              Secara jujurnya kan, aku mengaku, aku agak "bodoh" sikit bila berhadapan dengan fesyen fesyen tudung kat Malaysia ni. Serius aku tak tipu. Korang sebut lah kat aku nama apa apa pun, confirm aku akan ternganga bila korang sebut. haha..



              Okeh, korang perasan tak, makin banyak fesyen tudung yang muncul sekarang ni? Tu satu, dan lagi satu, korang perasan tak yang semakin maju dan banyak nya fesyen tudung baru ni, makin banyak gak la design yang terdedah "DADA" !! haha.. ke korang buat buat tak perasan sebab nak mencuci mata? Ala.. aku pun LELAKI gak weh. Tau dah itu punya feeling ! Haha.



              Berbalik pada tajuk kita tadi, Ermm.. Apsal la diorang design camtu? Lilit kepala bukan main banyak lagi lilitan, sampai bungkus macam kuih ketayap, tapi bahagian DADA di biarkan tanpa lilitan ! Apa kes? Mana pihak berwajib? Ecehhh.. Macam edisi siasat pulak kan? hehe..



             Try korang fikir balik, aku bukan lah pakar sangat bab bab agama ni. Tapi apa yang aku tau, aku ingat kan. Lagi pun kalau nak berdakwah, macam macam cara boleh kan? Lagi pun, agak berbahaya kalau tayang menayang ni. Serius... Aku tau la, aku LELAKI okeh ! So.. aku nak menasihatkan korang, jangan la dedahkan "Aset" korang pada sapa sapa ! Biar orang cakap pe pun, yang penting korang dinilai tinggi pada Allah ! Ada paham? =)





P/S : Aku suka tudung Wardina ! Nak beli lapan ! :P





0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post