Sengal Zone Mega Project 2011 !




Official Header




            Assalamualaikum dan selamat petang !! Aku dah balik daripada fakulti aku ! Hehe.. Dan aku nak buat pengumuman ! Aku dah dapat idea nak buat project mega untuk tahun baru ni ! Dan ia adalah Sengal Zone Mega Project 2011 ! Apa benda tuh? Ni yang aku nak terangkan nih. Aku nak buat wallpaper yang akan aku edit untuk combine kan sejumlah blogger dalam tu ! hehe. Tak paham? Hmm. Camni, Wallpaper tu nanti akan diedit dan akan combine kan gambar gambar para para blogger yang akan dipilih nanti<-- macam sama je dengan yang tadi! 



           Tak paham jugak? Okeh, aku bagi contoh, korang pernah tengok tak dalam magazine, mereka ambik gambar ramai ramai? Okeh, jadi, aku nak buat camtu la. Dek kerana kita ni duduk jauh jauh, dan hanya berjumpa dalam laptop, maka aku nak buat la satu gambar kenangan untuk blog aku ni ? Dah clear tak? :P



           Jadi, anda nak join tak dalam Project aku ni? Hehe.. Pada awalnya, aku berhajat nak berkerjasama dengan beberapa blogger lain untuk buat satu project apa tah nama dia, dah lupa dah aku. Tapi tiba tiba je aku dapat idea baru ni. Lagi simple dan lagi senang ! Dan juga best !



             Kalau anda dah tertarik kan, kena la baca syarat syarat dia ! Sebab , hanya 20 blogger yang berkelayakan sahaja akan diletakkan dalam wallpaper tersebut ! Sebab, kalau ramai ramai, nanti susah aku nak letak link blog korang sekali dalam wallpaper tu !



              Tanpa berlengah dan berlemah gemalai, aku nak revealkan syarat syarat dia. Dan ia adalah :





  1. Buat entri bertajuk Sengal Zone : Mega Project 2011

  2. Letak Official Header yang ada Teddy Bear tu dengan link blog aku sekali

  3. Letak Gambar Full korang yang Jelas dan Terang

  4. Gambar mesti dari depan, ataupun atas ! Belakang, tepi, tengok bawah, tengok pokok, Tak Boleh !!

  5. Jawab soalan ni , Saya nak tersenarai kerana______________ 

  6. Postkan Link Entri korang ke ruangan komen Entri ni 

  7. Hantar sebelum pukul 6.15 petang hari Jumaat !!





              Amacam? Senang tak? hehe.. Actually, aku tak berapa berkenan dengan sistem tag mengetag ni. sebab tu kalau korang perasan, aku punya segmen ke, contest ke, takde yang korang kene tag ~ Hehe.. Bukan followers aku pun boleh join taw ! Jangan segan segan ! aku tak berapa kisah sangat tentang followers ke bukan ke.. So.. Mari tersenarai antara 20 Blogger yang bakal dijadikan Wallpaper 2011 ! Babai.. dan majulah blogger untuk masa depan ! :)

        



0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post