7 Jam ! Aku Di Siksa.







             Assalamualaikum dan morning ! Uih.. Hari ni kalau korang perasan , aku hanya ada dua entri je hari ni. Kan kan kan?  Haihh.. Rasa kecewa dengan diri sendiri mula menghantui diriku ini. Bukan kecewa bercinta okeh, aku cuma kecewa disaat aku banyak idea la, saat tu aku atas bas ! haha..



             Ye ! Aku atas bas sepanjang petang. Bertolak balik dari pukul 2.30 petang tadi, sampai di Shah Alam pukul 10 malam ! Korang bayangkan berapa lama aku terpaksa mengorbankan masa aku duduk sahaja tanpa exersice sedikit pun? Rugi kan? hehe..



            Sepatutnya, dari Kuantan ke Shah Alam, hanya ambik masa kira kira 4 jam. Tapi dek kerana tersepit di celah celah beribu ribu lemon kereta, maka ia bertambah menjadi 7 jam lebih. Dan lagi parah, ragam makhluk bernama manusia dan passenger termasuk aku sekali membuatkan aku bertambah migrain ! Haha..



          Tapi, Alhamdulillah la, sebab aku sampai jugak kat Shah Alam ni. Ketika dalam bas tu aku tak henti henti berzikir dek kerana eksiden yang berlaku baru baru ni pun melibatkan bas kan? Fuhhhh.. Legaaa..



           Sekali lagi aku terpaksa berlawan dengan diri sendiri tatkala mata ini sudah menjadi kuyu seperti ikan puyu ! Haihh.. Aku nak mengalah la hari ni. Mata aku semakin memberontak ! Karang aku ajak mata aku bergusti karang ! hehe.. Buat teman teman yang berkunjung ke blog aku ni hari ni, aku mintak maaf sangat sangat sebab tak dapat update ! Tapi sok ada entri istimewa tentang Lelaki lelaki yang join aku punya segmen untuk lelaki tu. Alaa.. Yang Aku Perlukan Lelaki ! tu la . Ingat kan? hehe... Sekarang aku nak merebahkan segala galanya ! Nite korang ! :D





0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post