Aku Bukan Otai ! Tapi Aku Suka Makan Petai !



          

          Yuhuhuhu... Rindu sangat sangat kat blog aku ni ! Ecehh.. Jiwang la pulak ! Ala.. sekali sekala nak berjiwang jiwangan dengan blog aku ni apa salah nya kan? Hee.. Tadi melepak dengan Cik Teddy dan kawan baik aku yang sangat sengal kat Mcd Seksyen 2, Shah Alam. Abih gamat suasana kat situ ! Macam minyak Gamat tu la. Hehe..



            Sekali sekala keluar melepak, minum kopi, sambil sambil berborak best woo.. Serius ia dapat melepaskan segala ketensyenan yang melanda sanubari kita ! Tak caya, try la buat ! Hehe.. Erm.. Korang mesti dah tido kan? Sekarang pun dah pukul 2 Pagi woo.. Kalau kat umah aku kat Kuantan, Mak aku dah membebel dah dengan gaya comelnye! Mak aku comel sangat sangat ! Best bila kena marah dengan dia. Even aku dah nak masuk umor 25 tahun ni pun, still kena marah jugak ! hehe. Best best ! I likeee !



            Hehe.. Aku dah semak dah entri entri yang terlibat dalam Sengal Zone Mega Project 2011 tu ! hehe.. Memang power power semua ! Membuatkan aku ketaq lutut dan limpa untuk membuat pilihan. Tapi, mujur la tarikh tutup dia Jumaat ni kan, jadi takde lah vibrate sangat lutut dan limpa aku ni ! hehe



            Dalam aku dok semak entri entri peserta tu kan, ada gak yang gelarkan aku sebagai "Otai". Perghhhh.. memang ternganga kejap aku ! Hehe.. Sebab, aku rasa aku bukan lah seorang otai, aku hanyalah seorang blogger biasa yang sama je dengan blogger lain. Cuma, aku sukakan kelainan, dan aku juga tak suka bebankan or susahkan orang lain. Hehe.. Tu "Otai" ke?. aku tak "Otai" sebab masih banyak lagi yang aku kena belajar dalam dunia blogging ni !



           Tapi kan, aku suka makan petai ! Sedap woo.. Petai jeruk, petai rebus, petai mentah, sambal petai dan macam macam lagilah ! Korang suka tak makan petai weh? Hehe.. Tukar topik pulak dah aku nih..

hehe.. Jadi, aku tak berkenan gelaran "Otai" tu diberi kan kepada aku. Bagi kat orang yang betul betul layak ye, aku masih belum berkelayakan lagi tau ! Hehe..



         So.. Akhir kata, mari makan petai untuk kesejahteraan kita bersama ! Eh eh, korang gelak pulak, ini betul okeh! Petai sedap ! Go Go Go Petai !! Hehe



0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post