Mempelbagaikan Kebolehan Itu Indah !

          Assalamualaikum dan selamat pagi kepada teman teman, guru besar dan guru kecik, tuan majistret dan Ulam raja ! Apsal aku rasa macam cerita P.Ramlee ni? Hmm.. P.Ramlee itu idola aku tau, that's why aku menggunakan beberapa dialog filem beliau.. Heee



          Erm.. Dah exercise? meh berpoco poco dengan aku sambil layan lagu 2PM - I'll be back ! hehe.. Lagu apa? Itu lagu kumpulan Korea woo ! Best gile kumpulan tu ! I likeee ! hehe..



         Okeh, semua orang ada kebolehan masing masing kan? Apa kebolehan korang? Kalau aku, Aku suka mempelbagaikan, maksud aku, aku boleh memasak, aku boleh mengrepair, aku boleh mendesign, aku boleh memberi nasihat berkaitan fesyen, boleh macam macam lagi la, hehe..



         Kenapa aku mempelbagaikan kebolehan aku? Okeh, simple je, korang fikir la kan, dekat luar nun jauh di sana, pelbagai orang dan pelbagai ragam serta fi'il orang kat luar tu kan. Jadi, untuk survive kat luar tu agak penuh dengan berbagai dugaan dan kesusahan. Sama ada kita lepas atau jatuh. Dua benda ni je yang menentukan hala tuju hidup kita.












         Okeh? boleh faham kan apa yang aku nak sampaikan? Erm.. Sama la jugak dalam berblog ni. Serius sama je semua ni. Kalau korang tak mempelbagaikan entri korang, korang bakal kehilangan pembaca dengan mendadak. Sebab, macam Abg Ben cakap, "orang bukan nak tengok satu channel je kat Astro."! Dapat tangkap tak makna tersirat disebalik kata kata beliau? heeee.. Korang fikir dengan mendalam okeh !



         So.. kesimpulannya, mempelbagaikan entri or kebolehan mampu meletakkan kita pada satu tahap yang amat berlainan woo.. Tak percaya? Try it ! Aku nak pergi makan nasi lemak jap ! hehe Jumpa lagi ye di lain entri ! Makan tu ingatlah daku di rantauan.. Ecehh.. :)





0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post