Saya Dah Tak Minat Wanita !







SAYA insan lemah yang menyukai sesama jenis. Saya masih muda dan dilahirkan dalam keluarga berada. Mak ayah tidak pernah ambil tahu mengenai saya kecuali pelajaran.
Saya tidak boleh melihat rupa paras lelaki tampan. Dalam hati, saya mengatakan hensem gila budak lelaki ni tetapi semuanya berubah apabila bertemu seorang wanita secara kebetulan apabila tersalah menghantar pesanan ringkas (SMS). 
Saya namakan wanita berkenaan F. Kami berpasangan selama sembilan bulan tetapi akhirnya berpisah kerana tak tahan sikap F yang baran dan tidak berterus terang.



Ketika bercinta, saya berjumpa F dan saling berhubung 24 jam. Selepas berpisah, hati saya mengatakan tiada wanita lain yang ingin saya cintai.


Andai seseorang wanita itu memiliki bentuk badan menarik dan rupa paras cantik, hati saya tidak pernah mengatakan perempuan itu lawa walaupun kakak saya sendiri. Saya juga tidak pandai memujuk perempuan.


Saya ingin meminta Dang Setia memberikan nasihat kepada saya supaya menjadi lelaki sejati dan pandai memujuk wanita. Sekian, terima kasih.



Keliru,

Kuala Lumpur






Perasaan yang adik alami bukan perkara baru sebaliknya sudah berlaku berabad-abad lalu seperti kaum Nabi Lut yang dilaknat Allah SWT.



Namun, apa yang membezakan keperkasaan seseorang individu itu adalah bagaimana dia mengatasi kelemahan dirinya. Ingatlah, mana-mana individu atau manusia dilahirkan tidak sempurna, yang sempurna hanyalah rasul atau nabi diutuskan Allah.



Ada individu diduga dengan fizikal tidak sempurna, kurang bijak, penyegan dan sebagainya. Kita sebagai manusia haruslah berusaha mengatasi kelemahan itu untuk menjadi individu lebih baik.



Perjuangan adik ini memerlukan kekuatan dalaman. Jangan cepat mengalah, katakan pada diri: ‘Aku boleh melawan naluri songsang ini kerana aku individu kuat, aku tidak mahu malukan keluarga apatah lagi keluarga dikenali ramai.’



Mengenai kelemahan memujuk perempuan, Dang Setia cadangkan adik menggunakan kakak adik sebagai pengantara untuk mengatasinya.



Kongsi pengalaman, cita rasanya terhadap lelaki. Apakah ciri-ciri lelaki idaman kakak adik, cuba gunakan model itu untuk memikat gadis idaman.



Kedua, jangan gelojoh memikat perempuan. Selepas berkenan dengan seseorang gadis, cuba memahami perwatakannya terlebih dulu sebelum bertindak atau kata orang muda, ‘masuk jarum’.



Ini kerana, setiap gadis atau perempuan mempunyai pandangan berlainan terhadap lelaki. Ada gadis gemarkan lelaki yang berterus-terang, ada yang lebih suka berkawan dulu dan sebagainya.




Sumber dari myMetro 








P/S : Haihh.. Mintak mintak la dijauhkan dari kawan kawan or keluarga aku or siapa siapa yang mengenali diriku ini. Aminnnn ~ 









0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post