Tampilkan postingan dengan label Contest. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Contest. Tampilkan semua postingan

Tip Blogging Terbaik !









            Assalamualaikum ! Tip Blogging Terbaik ? Wujudkah itu semua ? Ehemmm.. Ekceli, ia memang wujud. Tip blogging terbaik tu memang dah lama wujud dalam diri kita woo.. Erm.. Senang cerita, diri kita sebagai blogger perlu mengcungkil ia keluar ! Pernah makan siput sedut tak? Haaa.. Isi dalam dia sedap kan? Tapi nak keluarkan dia kena guna sedutan yang power rangers woo ! Paham kan? Camtu la jugak dalam arena blogger ni yang makin hari makin mencabar jiwa raga blogger ini !





            Entri ni aku buat khas untuk masuk satu pertandingan antara blogger di 2DayBlogger.com ! Nak tahu pertandingan apa? Klik je nama diatas okeh ! Hehe.. Mencuba nasib, mana la tau kan dapat rezeki lebih sikit menjelang Hari Raya ni ! Aminnnn ! Korang pon join la okeh !





            Okeh, teruskan kepada tajuk entri diatas iaitu TIP BLOGGING TERBAIK ! Pada aku la kan, kan , kan, ehemm.. Ada beberapa tips yang aku pernah amalkan dan sedang amalkan kembali untuk mengejar kehilangan sebulan dua lepas ! Haha.. Dan kebanyakan tips tips tu aku dapat dari Kujie2.com , Denaihati.com , 2dayblogger.com dan tak dilupa blog blog lain yang ada dalam bloglist aku ni ! Hehe..





             Disini aku senaraikan 5 Tip Blogging Terbaik yang pada aku, tak rugi pun kalau dipraktikkan dan ia mendatangkan kesan yang amat menusuk kalbu ! ;)






  • Senantiasa mengkaji dan mengresearch perkara berkaitan SEO, blog, traffik, UV, pageviews dan segala macam berkaitan blog dan dunia internet ni. Makin banyak kita tau, makin banyak la kita boleh praktikkan kat blog kita sendiri. Nak kaji? Search je kat Google, Yahoo dan beraneka jenis enjin pencarian lagi. Senang kan?







  • Menulis, menaip entri perlu dilakukan dalam keadaan minda yang relax, tenang dan jugak tak dipengaruhi sebarang emosi ! Sentiasa berfikiran positif jugak membantu dalam menghasilkan entri berkualiti .








  • Jangan terlalu mengharapkan pada JUMLAH FOLLOWER, DUIT , POPULARITI, KOMEN sebab itu semua akan datang sendiri kalau entri ataupun blog anda berkualiti dan ada UMPHHH.. Semua benda tu akan bergolek datang pada anda tanpa diharap ! Hehe..








  • Mencipta kelainan dan identiti sendiri penting dalam setiap blogger. Memang agak susah untuk dipolish. Tapi cuba untuk lebih menjadi diri sendiri ketika menaip mahupun menghasilkan entri berkualiti. Termasuklah gaya penulisan, interaksi dengan pelawat blog, Facebook, mahupun YM ! Bila dah ada gaya dan style sendiri, sudah tentu pembaca akan dapat ingat anda dengan mudah dan berkekalan serta mungkin menjadi sebutan ! Sapa tau kan? ;)








  • Template blog, widget, muzik dan segala macam jenis paparan luaran blog banyak mempengaruhi mood pembaca ! Jadi, kalau blog anda amat lah serabut, lembab dan penuh bunyi bunyian ditambah pulak dengan pop ups window penyambut tetamu, Tak ke anda rasa anda dah menyusahkan tetamu untuk menjengah kerumah anda untuk singgah beraya? Hehe. Jadi, biarlah template blog anda tidak la se"havoc" mana tapi isi dalaman dia cantik dan best ! Macam buah manggis la ! Sedap woo ! Hehe.. 










           So.. Itulah dia tadi tip blogging terbaik dari aku Sengalman ! Hehe.. Maybe takde lah baik mana kan, tapi itulah yang aku guna sampai sekarang ! Hehe.. 








           Akhir kata, jom ikuti pesanan penaja dibawah ini !









“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBloggerupprofitsbroframestone , MJMySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen , DenaiHatik-worlds ,hairulazniummihaniedinsblog.













Koyok Ditempek  :  Mana pulak game DOTA aku ni .. haishhhh.. 












Read more »

Mari Join Aku Masih Single !



           Assalamualaikum.. Selamat petang kepada anda semua yang sedang menatap skrin laptop PC ataupun iPad ! hehe.. Aku baru jek balik makan. Dan disebabkan perut aku dah mula kembang, maka aku berasa amatlah sesuai kiranya aku melelapkan mata sebarang dua minit. Ecehh.. Tapi takpe, jangan khuatir, sebelum aku tido, apa kata kita bermain satu segmen pendek. Hehe..



            Segmen terbaru ni adalah hasil idea dari Cik Norita ! Korang klik je nama dia kalau nak usha blog dia. Dia ni antara sahabat baik aku ! hehe.. Ni semua hasil buah fikiran beliau la, maka segmen ni terhasil ! hehe..



             Okeh, Segmen ni bernama Aku Masih Single ! Dan ia segmen ringkas je.. Nak taw syarat syarat dia?







  1. Buat satu entri bertajuk Sengal Zone : Aku Masih Single!

  2. Anda mestilah betul betul SINGLE taw

  3. Letak Header Blog Sengal Zone dan Link sekali

  4. Serta kan sekali 3 Ciri Ciri Wanita/ Jejaka Pilihan anda!

  5. Postkan link entri ke Entri ni

  6. Tarikh tutup adalah pada pukul 6 petang ni ! 





       Amacam ? hehe.. Best tak? Dah macam ejen cari jodoh plak aku kan ! hehe tapi takpe la, mana la tau kan, korang bertemu jodoh kat blog sengal zone ni ! hehe bangga jugak aku.. hehe.. So.. dengan lafaz Bismillah, mula la menaip ye ! Selamat berjayaa! =)





Read more »

Sengal Zone Mega Project 2011 !




Official Header




            Assalamualaikum dan selamat petang !! Aku dah balik daripada fakulti aku ! Hehe.. Dan aku nak buat pengumuman ! Aku dah dapat idea nak buat project mega untuk tahun baru ni ! Dan ia adalah Sengal Zone Mega Project 2011 ! Apa benda tuh? Ni yang aku nak terangkan nih. Aku nak buat wallpaper yang akan aku edit untuk combine kan sejumlah blogger dalam tu ! hehe. Tak paham? Hmm. Camni, Wallpaper tu nanti akan diedit dan akan combine kan gambar gambar para para blogger yang akan dipilih nanti<-- macam sama je dengan yang tadi! 



           Tak paham jugak? Okeh, aku bagi contoh, korang pernah tengok tak dalam magazine, mereka ambik gambar ramai ramai? Okeh, jadi, aku nak buat camtu la. Dek kerana kita ni duduk jauh jauh, dan hanya berjumpa dalam laptop, maka aku nak buat la satu gambar kenangan untuk blog aku ni ? Dah clear tak? :P



           Jadi, anda nak join tak dalam Project aku ni? Hehe.. Pada awalnya, aku berhajat nak berkerjasama dengan beberapa blogger lain untuk buat satu project apa tah nama dia, dah lupa dah aku. Tapi tiba tiba je aku dapat idea baru ni. Lagi simple dan lagi senang ! Dan juga best !



             Kalau anda dah tertarik kan, kena la baca syarat syarat dia ! Sebab , hanya 20 blogger yang berkelayakan sahaja akan diletakkan dalam wallpaper tersebut ! Sebab, kalau ramai ramai, nanti susah aku nak letak link blog korang sekali dalam wallpaper tu !



              Tanpa berlengah dan berlemah gemalai, aku nak revealkan syarat syarat dia. Dan ia adalah :





  1. Buat entri bertajuk Sengal Zone : Mega Project 2011

  2. Letak Official Header yang ada Teddy Bear tu dengan link blog aku sekali

  3. Letak Gambar Full korang yang Jelas dan Terang

  4. Gambar mesti dari depan, ataupun atas ! Belakang, tepi, tengok bawah, tengok pokok, Tak Boleh !!

  5. Jawab soalan ni , Saya nak tersenarai kerana______________ 

  6. Postkan Link Entri korang ke ruangan komen Entri ni 

  7. Hantar sebelum pukul 6.15 petang hari Jumaat !!





              Amacam? Senang tak? hehe.. Actually, aku tak berapa berkenan dengan sistem tag mengetag ni. sebab tu kalau korang perasan, aku punya segmen ke, contest ke, takde yang korang kene tag ~ Hehe.. Bukan followers aku pun boleh join taw ! Jangan segan segan ! aku tak berapa kisah sangat tentang followers ke bukan ke.. So.. Mari tersenarai antara 20 Blogger yang bakal dijadikan Wallpaper 2011 ! Babai.. dan majulah blogger untuk masa depan ! :)

        



Read more »

Aku Perlukan Wanita Wanita !



              Assalamualaikum ! Tak jawab, berdosa taw ! Hehe.. Malam ni kan dah nak menghampiri ke tengah malam kan? Jadi aku nak buat satu segmen yang tak kurang bestnya ! Segmen apa? Segmen ni khas untuk perempuan sahaja ye ! Diingatkan lapan belas kali lagi, PEREMPUAN ! hehe..



                Segmen ni lebih kurang macam segmen Aku Perlukan Lelaki tu. Ala.. yang hari tu tu ! hehe.. Cuma ada sedikit perubahan dari segi syarat, memandangkan jumlah blogger perempuan confirm ramai kan !



                Kenapa aku buat segmen ni? Erm.. Sebab untuk mengpromote dan meningkatkan traffic ke blog korang dan juga blog aku ! Sama sama saling bantu membantu la kiranya ! hehe.. Okeh? Korang tentu tak sabar kan nak tau camna nak join?  Bawak bertenang ye semua ! aku akan hebohkan syarat dia dalam perenggan seterusnya nanti.



               Syarat syarat dia mudah je. Takde la susah mana pun memandangkan, ini adalah segmen yang ringkas dan agak comel ! hehe.. Nak tahu? Mari kita tengok syarat dia !







  • Mula mula,korang mestilah insan yang berjantina Perempuan.

  • Buat entri bertajuk Sengal Zone : Saya lah Perempuan itu !

  • Letak Header Blog Sengal Zone beserta dengan Link sekali

  • Letak Gambar korang

  • Cipta 3 Tagline menggambarkan diri korang. cth, Cute, Anggun, Gedik

  • Postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni !

  • Tarikh tutup pukul 12 Tengah Hari Selasa ! Esok la !





             Amacam?  Sedia? hehe.. 10 Blogger akan dipilih untuk muncul dalam entri Special keesokan harinya lepas tarikh tutup tu ! hehe.. Jadi, mari kita tengok siapa yang kena ! Good luck tau !





Read more »

Aku Perlukan Undi Korang !



              Assalamualaikum.. Dup dap dup dap bunyik jantung aku ! Dan begitu jugaklah bunyi jam kat almari aku.  Baru ku sedar yang dah pukul 2.40 pagi rupanya ! Hehe.. Korang dah tidur ke? Ala.. Kiranya aku sesorang la ni? Haha.. Takpe, sesorang pun aku ada laptop kan ? haha..



             Okeh, sebenarnya, aku nak mintak tolong nih, Aku ada join satu pertandingan Header Tercantik 2010 ! hehe.. Kat situ aku bertanding la jugak. First time aku bertanding nih !  Kalau korang sudi, dan rasa header aku ni cantik kan, korang undila aku ye ! Aku tak paksa pun.. Just tick kat aku punya link je, pastu vote okeh ! hehe



              Diingatkan, korang vote la kalau korang rasa header aku cantik. Tau ! Jangan vote sebab aku suruh, tapi vote lah dari hati, sebab bila dari hati, ia sampai kat aku jugak ! Hehe.. Comel tak aku? Ecehhh..



           Okeh, kalau korang nak vote, korang bleh klik [SINI] pastu tick kat kotak yang ada link aku. Link aku atas sekali, paling awal iaitu www.sengalman.blogspot.com ! Terima kasih korang ! Nanti aku belanja ais krim Mat Kool okeh ? :)





Read more »

Mari Join Siapa Tak Tido Lagi 2 !

         Hai .. Hai.. Hai..  Bertemu lagi sekali dalam segmen ringkas bersama udin ! hehe siapa itu udin? Aku laaa ! hehe.. Okeh, pada korang yang mengikuti setiap aktiviti blog aku ni, confirm dah tau kan ni segmen apa. Dalam siri pertama dulu, ramai gak blogger yang tak sempat join ! Jadi malam ni, aku bukak lagi sekali untuk siri kedua Mari Join Siapa Tak Tido Lagi. Hehe..








Ini Hanyalah bukti bahawa aku seorang Ultraman ! 




        Okeh, tanpa membuang masa lagi, aku nak bagitau syarat syarat dia ! Simple dan still sama dengan Siri pertama hari tu.





  • Buat entri bertajuk Sengal Zone : Saya Tak Ngantuk Lagi !

  • Letak Header Sengal Zone dan link sekali 

  • Nyatakan pukul berapa anda rasa rasa nak tido.

  • Postkan link entri korang kat ruangan komen entri ni  







       Senang kan? hehe.. apa tunggu lagi ! Cepat cepat ! Sebab tarkh tutup dia pada pukul 3.30 pagi ni ! hehehe.. Good luck Ye !





Read more »

Mari Join Siapa Tak Tido Lagi !



          Assalamualaikum? Anda dah tido ke? Alaa.. Sorry kacau ye ! Tapi memang aku nak kacau pun.. Hehe.. Untuk hari ni, aku nak buat satu segmen ringkas. Well.. Segmen ni untuk para para blogger yang masih tak tido lagi! Hehe.. Diingatkan, kalau korang dah tido , takleh join taw ! haha nanti jadi macam zombie plak kang ! hehe..



         Okeh, macam biasa la, segmen aku ada syarat dia. Dan syarat dia simple je pun.. Mari kita tengok syarat syarat tersebut !







  • Buat entri bertajuk Sengal Zone : Saya Tak Ngantuk Lagi 

  • Letak Header Sengal Zone dengan link sekali

  • Nyatakan pukul berapa anda selalu tido / melelapkan mata 

  • Postkan link entri korang ke entri ni. 





     Senang tak? Tarikh tutup dia pukul 1.30 pagi ni. ! hehe sebab aku takut pukul 2 Ayah aku dah tutup Streamyx ! Okeh? pemenang akan diberitahu lepas pukul 1.30 pagi ! :) Join la !





Read more »

Aku Perlukan Lelaki !





          Assalamualaikum dan selamat petang wahai sahabat sahabat ku ! Jangan pikir bukan bukan bila korang baca tajuk entri ni okeh? Aku memang perlukan lelaki, tapi aku tak GAY tau. kalau korang nak taw dengan lebih mendalam, korang baca bagi habis okeh entri nih. Lepas tu baru korang tau kenapa aku perlukan lelaki, sedangkan aku ni lelaki. Oh My Gucci ! hehe..



         Aku tengok kan, penambahan blog blog wanita dan awek awek semakin bercambah dan ini telah menyebabkan blog blog lelaki agak tenggelam di sebalik bayangan blog blog wanita ! Haihhhh.. mana boleh camni, lelaki mesti bangkit! Mesti !



         Jadi disebabkan itu, aku amat memerlukan lelaki ! haha.. Bukan atas dasar lain okeh, korang ni otak memang Purple la ! hehe..



          Aku nak blog blog lelaki boleh? Aku nak promote untuk segmen aku lepas entri ni. Untuk itu korang dikehendaki mengikut 3 syarat utama :





  • Buat entri baru bertajuk : Sengal Zone : Saya Lelaki Itu !

  • Tak yah letak header aku. Letak link Sengal Zone je.

  • Letak gambar anda ! Wajib

  • Buat 3 perkara tentang anda. cth : COOL, KACAK, BERGAYA 

  • Post entri link korang dekat ruangan komen entri ni ! 





          Dan Segmen ni untuk blogger lelaki je. Taw ! Diulangi LELAKI taw!!! Tarikh tutup pada Jumaat  pukul 12.30 petang okeh?! Jadi, para para lelaki, jalankan tugas anda, tunjukkan kita mampu fight blogger perempuan ! Yeahhh !!!



Read more »

Mari Main Kotak Kata Sengal Zone !

            Assalamualaikum wahai sahabat ku yang comel comel semuanya ! Petang petang camni kan, memang sedap kalau dapat pekena cucur cempedak goreng ke, cucur kodok ke dan segala macam minuman. hehe.. Jadi ada tak siapa siapa nak belanja aku? hehe..



           Okeh, sekarang ni , kita nak main satu permainan. 10 pemenang akan di pilih dan akan di publishkan di entri Jawapan selepas ni. hehe Okeh? Nak tahu tak permainan apa? Well.. Pernah tengok Roda Impian? hehe.. mesti la pernah kan, jadi.. Begini jugak la game tersebut. Yang membezakan nya adalah ini Game Kotak Kata Sengal Zone ! hehe..



         Syarat syarat tetap ada.. hehe Tapi jangan risau, ia tak la susah mana pun. Serius, mudah je, sebab aku nak mewujudkan game yang santai dan berbentuk relax dan cool. hehe



        Okeh, tanpa membuang masa, aku nak bagi tau syarat syarat dia.










Kotak Kata 






  • Copy Header Sengal Zone dan letak link sekali ye kat bawah header.

  • Buat satu entri bertajuk : Sengal Zone : Kotak Kata

  • Selesaikan teka kata kat dalam kotak di atas.

  • Clue : Negeri di Malaysia, Baba n Nyonya kat sini

  • Jawab dengan simple je. cth : Pahang !

  • Post Entri link korang kat ruangan komen ni. 





        Okeh? Simple? hehe.. 10 pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul dan terpantas buat entri ni. okeh? :D So.. selamat berjaye ye rakan rakan ! ..





Read more »

Blogger Tercinta T - Shirt !



         Assalamualaikum dan selamat tengah hari sahabatku ! hehe.. Korang tengah makan ke? Alaaa.. Makan tak ajak aku pun. hehe.. Tak pe jap lagi aku masak dan makan sepuas hati. hehe.. Erm.. Untuk pengetahuan korang, aku pandai masak tau ! hehe.. Berlagak jap. Takpe kan? :)



         Okeh, tengah hari yang agak panas ni, aku nak bercerita tentang satu contest yang dianjurkan oleh group Blogger Tercinta dekat Facebook.  Contest dia design t-shirt untuk group tu. hehe.. Memandangkan aku dah join group tersebut, dan group tu memang diperakui best, sebab menghimpunkan ramai blogger baru dan lama ! nak join contest design ni kena join group Blogger Tercinta ni dulu.








Okeh, front view ada dua maksud, satu I love BT, lagi satu I love Blogger ! hehe.. dan belakang,

dia bersambung dengan depan. kalau ikutkan, 1st Generation Blogger ! hehe Unik kan?




         Kalau korang tengok pic diatas, ini la design yang mengambil masa 3 jam untuk disiapkan dan aku mula mendesign pukul 2 pagi tadi sampai la ke 5 pagi tadi jugak. hehe.. Agak keterujaan disitu.. Ye lah, aku bila dah design, memang tak boleh berenti. hehehe..



         Amacam? Okeh tak design t-shirt ni? hehe.. Aku buat dengan penuh kasih sayang tau ! hehe.. Komen la ye ! Aku menanti dengan penuh kesabaran. Eh eh, sebelum aku terlupa, kepada sesape yang nak join contest ni, boleh pergi ke link Enna Banana ye ! :)







Read more »

Sengal Zone : Mouse Saya Dah Berusia ! (Contest)

        Hola.. Jumpa lagi kita ye. Aku tadi, time belek belek mouse aku yang disambungkan dekat laptop Spiderman aku ni kan, tergerak hati nak buat contest tentang mouse ni! haha.. korang tau tak, yang aku lagi selesa guna mouse yang berwayar daripada guna yang dekat laptop tu. Rasa tak puas je tatkala menekan dan nak mengarahkan cursor cinonet ke tempat yang jauh sikit. hehe.. Amat lah terseksa jiwa dan raga tau.



         Okeh, jadi, tanpa membuang masa aku dan korang, aku nak mengrevealkan syarat syarat contest ni, dan hadiah dia 2 Header percuma ! hehe.. Sebab apa header? Aku rasa ramai yang frust kan tak dapat tukar header dalam contest Siapa Nak Header Free tu kan? Dan sekarang ni pun aku hanya dapat email daripada Syiela Punya Blog je. Aku pun still dalam usaha mendesignkan header Syiela ! InsyaAllah, lagi beberapa hari siap la tu ! heeee



        Okeh, rasa macam panjang pulak aku membebel ni. hehe.. Ready? Syarat dia agak berbeza sikit dari contest sebelum ni. Korang baca dengan penuh muafakat dan lemah lembut ye ! :)



Syarat syarat :






Rajah 1
  



         1. Macam biasa, letak header Sengal Zone dekat atas entri korang.



         2. Buat entri bertajuk : Sengal Zone : Mouse Saya Dah Berusia !

      

         3. Tangkap gambar Tetikus korang yang korang pakai seperti gambar Mouse aku kat Rajah 1 tu.



         4. Jawab 4 soalan berikut :



                     - Berapa lama korang guna mouse itu?

                     - Berapa harga mouse anda?

                     - Kenapa anda meyayangi mouse anda?

                     - Kenapa aku patut pilih korang sebagai pemenang?





         5. Letak link entri dalam bahagian komen entri ni.





      Amacam? berani menyahut cabaran aku lagi sekali ? hehe.. Kali ni, tarikh tutup contest ni adalah pada

18 Disember 2010 iaitu hari Sabtu laaa.. 2 Header akan diberikan percuma ! hehe okeh la , aku nak pergi tolong mak aku jap .. Selamat berjaya wahai anda anda ! :)





                  
Read more »

Siapa Nak Header Free?

               Assalamualaikum and good morning to all of my beloved friends! Ecehh.. Speaking pulak dah. hehe Anda apa khabar? Dah makan tengahhari belum? Aku baru terbangun dari lena ku yang indah. Aku mimpi aku masuk dalam kerajaan Narnia ! Best wooo ! hehe.. Erm.. sebenarnya, Aku nak mintak maaf, sebab semalam, aku ada janji dengan beberapa orang yang aku nak buat contest ni pukul 9 pagi tadi, sorry sangat sangat, sebab aku terlajak tido.



              Tapi, untuk menunaikan janji aku semalam, contest ni akan di jalankan, dan ada 3 header percuma akan didesignkan untuk anda, dan semua design tu korang yang decide macam mana ! Best tak? hehe.. Okeh, nak contoh? Klik kat SINI !



              Disebabkan entri tersebut la, aku tergerak hati nak buat contest ni. Tapi, ingin ditekan kan kat sini ye, Aku takde la sampai ke tahap pro dalam design, tapi InsyaAllah, sikit sikit tu aku mampu buat ! hehe.. Maklum lah, orang still belajar lagi kan. Huhu ..



               Oke, tanpa membuang masa, aku nak bagi tau syarat syarat untuk join contest nih. Mesti di patuhi ye, kalau tak aku antar segerombolan tenggiling gi serang rumah korang dan seterusnya mengeletek ketiak korang ! haaa.. Takot tak?



              Syarat Syarat Kemasukan :






http://Sengalman.blogspot..com
1.  Okeh, first, korang copy header aku, letak dalam satu entri khas bertajuk

     SengalZone : Saya Nak Header ! ( Ingat ye rakan rakan, ni tajuk entri tau )



2. Dalam Entri SengalZone : Saya Nak Header ! Wajib ada header aku dengan link sekali ye !



3. Lepas itu, korang jawab 3 soalan mudah ni



               3.1 ) Kenapa nak header baru?

               3.2 ) Senaraikan tidak lebih dari 5 warna kegemaran korang

               3.3 ) Apa pendapat korang tentang blog SengalZone ?



4. Dah siap semua tu, korang boleh la post dekat ruangan komen entri ni, post link sahaja ye ! hehe..

    dan tarikh tutup dia adalah sampai Selasa nih 14 Disember 2010 !



Amacam? ada berani menyahut cabaran? hehe.. 3 Header aku akan design ! kira macam top 3 la ! hehe.. Pemenang akan dicontact melalui blog masing masing ! so.. Ready, get set, and gooooo ! Selamat berjaya kawan kawan ku ! =)



Read more »