Penyakit Pelik ku !

Selamat malam para para sakura ! Eceh. Kawan kawan ku, tadi kan. dalam lebih kurang pukul 11.15 malam tadi, aku mengalami kesakitan perut yang amat serius, ia bergetar getar bagai kan vibrate telefon Nokia 3310 aku yang dahulu kala. Lalu, aku pun mengambil inisiatif untuk pergi berkunjung ke Restoran Mamak berhampiran dengan tempat kediaman ku yang terletak dalam 0.20" batu nautika dari paras mata , bersamaan dengan 50 meter kalau menggunakan selipar!
Lalu, aku pun menghidupkan lah enjin selipar Crocs ku yang berwarna merah merah seksi gitu.. dan bergerak lah menuju ke Restoran tersebut. Bagi mengubati penyakit ku yang memelikkan itu, aku pun lalu dengan pantas mengangkat tangan bak seorang murid yang ingin mengajukan pertanyaan ILMU HISAB dan mengorder la Roti Kosong dan Kuahnya adalah susu pekat, manakala, minumannya pulak, Milo Tarik.
Dengan penuh kekhusyukkan, aku pun makan lah, dah rezeki depan mata, dan secara tiba tiba, penyakit perut ku tadi beransur pulih. Aku makin bingung , bagaimana Roti canai ini mampu mengubati penyakitku tadi, tanyaku di dalam hati.
Kemudian , aku pun mendapat satu akal, iaitu mencecah kan Roti Canai itu kedalam Milo tarik ku yang sedang beralun alun bagai ombak di lautan. Lalu ku suap ke dalam mulut ku, dan ku telan. Wow! marvellousso! Sedap gila! Ini serius, mesti bantu dia (dialog Wonderpets). Tak caya?
try la sendiri ye! Aku tak dapat menggambarkan dengan kata kata perasaan tersebut, dan aku terlalu leka makan sampaikan terlupa nak ambik gambar sebagai bahan bukti kes ini. hehe
Jadi apa tunggu lagi, mari menyerbu Restoran Mamak berhampiran ! Aku nak siapkan assignment nih sambil sambil bermesej mesej dengan Cik teddy aku..
Good night my friends.. Basuh kaki dulu, takut sat lagi ada benda yang bermata merah dok perhatikan.. hehe assalamualaikum ~ =)
.....
*Gambar hiasan, tiada kaitan dengan watak dalam penceritaan :P

0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post