Hati Orang Tak Semua Boleh Kita Puaskan !

    

            Assalamualaikum.. Selamat malam sahabat sahabat ku yang sudi membaca blog ku ini. Aku baru je lepas tengok Narnia ! Best gila kot. Terbaik cerita tu ! Memang seronok sangat ! Tapi disebalik keseronokan tu, aku sangat bersedih, sebab entri aku sebelum ni 3 Jenis Blogger Yang Aku Tak Minat  di kritik hebat oleh seseorang, dan di salah erti kan oleh sesetengah pihak, malahan, ada yang mengutuk dengan menggunakan ID anonymous ! Aku dah dapat dah IP address beliau, dan dah kenal pasti dah siapa, sebab dia pun turut memberikan komen dalam entri tersebut.



             Ya Allah, tujuan aku buat entri tu hanyalah untuk meluahkan apa yang aku alami tanpa menunding jari kearah mana mana blogger yang dah lama bertapak. Dan ini bukan sebab nak serang secara peribadi ke atau nak jatuhkan mana mana pihak. sekali lagi aku mohon maaf di atas kekhilafan ni andai aku yang bersalah, Allah maha mengetahui hasrat dihati aku waktu menulis entri tersebut. Pada pihak yang terasa, aku mohon ampun, tiada niat aku untuk membuat kalian yang juga dah aku anggap SIFU tu terasa.   



            Sesungguhnya, apa yang aku tuliskan adalah realiti yang terjadi pada aku , dan maybe jugak yang terjadi dekat blogger lain. Aku just nak share some info that really happen in the world of blogging, that's it ! Bukan nya untuk mewujudkan sentimen apa apa. Aku faham, blogger baru macam aku tak layak bagi apa apa info or pengalaman yang berkaitan. Sekali lagi aku mohon ampun dan maaf !



          Akhir kata, renungi la kata kata dahulu kala, "Siapa yang termakan cili, dia yang terasa pedasnya".

Aku takkan give up kerana ini merupakan satu cabaran yang bakal aku harungi, untuk jadi seorang blogger ! Dan aku yang pilih jalan nih sendiri ! Setiap teguran itu, aku jadi kan kekuatan aku untuk terus berdiri dalam ombak yang deras ! =)



Yang Ikhlas,

0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post