Tampilkan postingan dengan label Isu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Isu. Tampilkan semua postingan

3 Tips Elakkan Kemalangan Jalan Raya !





Assalamualaikum .. Camne malam raya ketiga korang ? Confirm la syiok kan? Ececehhhh.. Aku camni la.. Dilanda encik migrain dari petang tadi sampai la sekarang ni, dok memerap dalam bilik sambil menjamah biskut coklat cip.. Sesekali tu aku usha la jugak encik semut punya open house.. Ramai gak makhluk halus yang menghadirkan diri.. Haha.. Aku siap sponsor coklat cip lagi kat depa woo !! Hehe..





Okeh, entri aku malam ni ada hubung kait dengan kemalangan jalan raya ! Erm.. Kemalangan jalan raya dan hari raya memang tak dapat dipisahkan kan? Dah macam  adik beradik pulak depa ni.. Yela, masing masing ada "raya" la katakan.. Hehe..





So.. Tanpa melengahkan masa dan tanpa membuang tenaga di jari jemari aku ni, jum ikuti 3 Tips Elakkan Kemalangan Jalan Raya dari Sengal Zone !!!







  • Rehat Secukupnya !

    • Sebelum perjalanan jauh tu kan, korang sepatutnya mempunyai rehat yang cukup. Senang cite, korang tidoq je 4 - 5 jam sebelum perjalanan. Ia boleh membuatkan badan terasa segar dan bertenaga. Disamping itu, korang gak akan rasa lebih fresh seperti bayi baru lahir gitu.. Haha.. Jangan pi tidoq 14 jam pulak.. Melampau weiii ! :P  



  • Sentiasa Curiga !

    • Ini bukan kejiwangan okeh.. Haha.. Ini curiga lain version.. Maksud aku, time memandu, korang kena upkan sikit level curiga korang tu. Alaaa.. Tambah sikit je.. Supaya nanti senang sikit korang nak alert kalau jadi something keikanan (fishy). Okeh? Curiga je tau.. Contoh la kan, dalam jarak 88m di hadapan ada satu bonggolan. Korang jangan ambik mudah, tapi korang fikir la jauh sikit ke depan sambil bayangkan yang maybe tu seekor naga dok tidoq ke, jerangkap samar ke.. Hehe.. 



  • Berhenti Bila Badan Suruh ! 

    • Okeh, ni lebih pada interaksi bersama badan korang.. Macam kawan kawan laa... Hehe..  Kekadang, bila korang dah lama drive kan, mesti badan korang akan mengeluarkan signal signal mintak dimanjakan.. Seyesss ! Antara signal signal tersebut adalah, mata pedih pedih ayu, kaki kebas kebas kebab, pinggang vibrate tanpa henti dan byk lagi.. So.. Apa yang perlu korang buat, berhenti di tempat rehat, kemudian layan la badan anda. Manjakan dia bagai menatang minyak yang penuh okeh? Hehe..









Erm.. tu la dia serba sikit tips elakkan kemalangan jalan raya dari aku ! Ni semua berdasarkan pengalaman aku memandu dari Kuantan ke Kedah secara konvoi satu masa dulu.. Hehe.. Last words dari aku adalah, nyawa adalah benda yang tak dijual di kedai Tutti Frutti ! Hargai la diri anda dan insan tersayang ! Selamat memandu !!! :)










Koyok Ditempek :  Memandu itu sungguh memenatkan ! Haha.. Dulu sebelum aku dapat lesen dan tau cara drive ni, berkobar kobar dan terkinja kinja nak drive.. Sekarang?  tengok stereng pon dah malas. :P






Tekan like kalau suka kemerepekan aku ni tau. ;P
Read more »

Doraemon Last Episode !





         Yuhuuu.. Anda peminat Doraemon? Aku memang dari kecik lagi meminati Siri Doraemon nih, Tak kisah la buku anime ke, Tv ke, erm CD ke. semua aku balun! Well.. Doraemon memang best woo. Kisah dia penuh dengan aktiviti dan gadget gadget masa depan yang ada diantara gadget gadget tu dah memang ada dekat zaman kita ni. hehe..


                Okeh, pernah tak korang tertanya soalan sebegini bila baca komik mahupun menonton Doraemon?




  • Nobita akan kahwin ke dengan Sizuka?

  • Doraemon akan kekal dengan Nobita ke sampai Nobita tua?

  • Nobita akan jadi pelajar tercorot sampai bila bila ke?

  • Bagaimana rupa Nobita dan kawan kawan bila dah masuk sekolah tinggi? 
     



              Well.. Segala jawapan aku tu terjawab bila aku teraccident search kat youtube tentang Doraemon Last Episode. Sebab tu la aku nak share dengan korang ni. Huhu.. Ending yang bagi aku agak sedih la ! Nak nangis kuat kuat boleh? Haha.. Bagi kipas susah mati Doraemon macam aku ni. memang terasa sebak woo.. Korang tengok la. Okeh? Kat bawah ni ada video dia ! Enjoy okeh! Nanti kalau nangis jangan salahkan aku tau !













P/S : Nak Doraemon satu boleh? :)






    
Read more »

Tandas Pun Jadi Tempat Promote Diri !





            Assalamualaikum dan selamat pagi korang ! Dah bangun ke belum? Hari ni Isnin okeh, no more public holiday tau ! Hehe.. Aku , masih lagi berselubung dalam selimut mengupdate blog sebelum aku ada hal yang besar nak diuruskan dalam tengah hari nanti. Huhu..



            Okeh, kita mulakan pagi Isnin kita di tahun 2011 ni dengan penuh bertenaga, jangan moody, jangan nak buat muka sandwich, dan tolong lah berpoco poco bersama aku. haha.. Tak de kaitan pun kan? Ngee



            Hmm.. Ni aku nak share dengan korang ni, aku tau benda ni dah lama, tapi aku tetap nak share jugak. haha.. aku tak kira ! Ern.. benda ni aku rasa semua rakyat Malaysia tau kan? Kan kan kan? hehe.. Benda itu adalah, iklan iklan berbentuk tulisan pen di pintu pintu tandas awam !



            Haaaa ! Yang tu lah ! hehe pandai pun korang ! hehe.. Erm. Actually, aku rasa kan, mereka yang menconteng dinding, pintu toilet dengan iklan yang bongok dan 18sx tu, adalah mereka yang bodoh gila gila! Hehe.. Bukan setakat bodoh gila gila , bahkan gila gila bodoh ! Aku tak suka mencarut dekat dalam blog aku yang putih suci nih ! Nanti aku gak yang bergaduh dengan diri sendiri kang ! Haihhh..



           Try korang berfikir sejenak, korang dah la sakit perut, masuk masuk toilet nak melabur kan, tup tup ada lukisan pisang la, tembikai lah, orang bermata besar la, nombor telefon pakwe la, hahaha.. boleh terbantut hajat suci dan murni orang yang nak melabur tuh tau tak !! Grrrr !



           So.. Aku nak nasihat, kalau nak conteng gak, pi conteng peha korang sendiri, takpun pi conteng kat toilet polis ke, bomba ke, baru style ! Haha betul la kan? Kan kan kan?



            Oleh kerana aku rasa aku tak dapat kerap update blog hari ni diatas hal hal tertentu yang perlu aku uruskan hari ni. Korang jangan lupa skodeng blog aku ni tau, mana la tau ada autopost ke kan. hehe.. Well.. Majulah blogger untuk negara ! Tata titi tutu !





          

Read more »

Tsunami Baru Serang Malaysia !





           Assalamualaikum dan good morning ! hoho.. Sedap tido pagi pagi ni ! Sedap jugak berbungkus dengan selimut macam telur bungkus ! Ermm.. Malaysia telah diserang Tsunami !! Betul betul betul ! Kali ni sangat hebat.. Aku pun terjangkit sama ! Serius ! Tak percaya? Nak tengok gambar Tsunami yang baru je melanda Malaysia? Korang scroll la sampai ke bawah ye, teman tak larat la pagi pagi nak scroll ! hehe..




































Encik Khairul Fahmi Che Mat 






      Amacam? Ini lah fenomena TSUFAHMI !! Haha.. I likeeeee ! Tapi saya bukan GAY, saya OK ! Hehe.. Team Malaysia terbaikkkkk... !!! Eh Eh.. Aku dah lewat nak gi kelas ni ! Tata TsuFahmi sekalian ! :)





Read more »

Malaysia Si Juara !

               Assalamualaikum! Ada orang tak? Boleh masuk ke dalam ruangan hati korang? Ecehh.. Hehe.. Terlebih dahulu aku nak mintak maaf banyak banyak sebab hari ni agak kurang update daripada kebiasaan. Ini adalah kerana , ada beberapa hal yang aku perlu settlekan. Hehe.. Tapi, hari ni je la, hari lain, aku akan pastikan blog aku dipenuhi entri entri sengal yang digemari umum ! Hehe..



              Tadi, aku gi tengok bola ! Final Piala AFF !! Malaysia menang weh!!!! Hehe.. dan 31 Disember ni kita dapat cuti public ! Fuyooo.. Banngga tak? Hehe.. Mesti la bangga kan? Hehe.. Well, rasanya aku tak perlu nak buat rumusan tentang kemenangan kita tadi kan? Sebab dah banyak sangat blogger lain buat. Apa yang boleh aku cakap kan, Malaysia macam bagi can je kat Indonesia ! Serius, aku rasa Team Malaysia kan,  takmau pergaduhan jadi lagi teruk, sebab tu dia bagi banyak peluang tu.. Hehe..



               Hmm.. Tapi, Malaysia memang layak la jadi JUARA ! Ni satu perkembangan positif dalam arena bola sepak kita taw ! InsyaAllah, nanti akan masuk FIFA World Cup ke satu hari nanti ! Hehe..



                Okeh, apa apa pun, kita sokong team kita !! Hidup Malaysia ! Yey.. Eh.. Korang tak tido lagi eh? Nak aku buat segmen yang tak tido lagi ke? Hehe.. Kalau nak, aku buat ! Hehe.. Kalau taknak, aku akan buat peta jajahan diatas bantal aku ni ! Pilih pilih ! :D






Aku sekarang sedang kumpul duit tabung nak beli ini baju ! :D 




Read more »

Perhiasan Di Telinga Yang Menggiurkan !





              Assalamualaikum ! Selamat pagi rakan rakan ku ! Masih lagi berlingkaran atas tilam? Hehe.. Baik korang bangun sebelum aku pun turut sama berlingkaran seperti ular di atas tilam ni !  Hehe.. Macam mana dengan pagi korang? Ada okeh? Atau K.O? hehe.. aku? Baru terbangun dari lena ! Huhu.. Sejuk je mesti aku akan bangun lewat ! Haihh.. Keciwa aku dengan diri aku sendiri ! Hee..



                Erm.. Korang pakai subang tak? Bukan Subang Jaya ye, subang yang macam gambar kat atas tu. Hehe.. Subang Jaya, aku pun boleh pergi ! Kenapa aku tanya? Bukan sebab aku nak pakai tau, memang takkan

la kan, lelaki pakai subang hukumnya HARAM woo.. Sebab dah menyerupai perempuan.



                 Disebabkan aku rasa virus "Mamai" masih belum hilang dari sanubari dan diri aku ni, aku nak tunjukkan korang Fesyen Subang 2011 ! Lelaki yang rasa suka sangat pakai subang, boleh try, tak rugi pun. Sedap wooo..



                   Nak tengok? Jap ye, tengah loading.. hehe






















Trend Terbaik Dari Ladang !




            Nak gi beli? Takyah susah susah, order je kat aku, nanti aku gi Giant, aku belikan Tin, pastu aku pasangkan! haha.. Korang nak jenama lain pun boleh, Mirinda ke, 100 Plus ke dan Power Root pun di alu alukan ! Hehe.. well.. itu sahaja la selingan pagi ni, dek kerana aku ada kelas jap lagi, maka petang nanti kita berdating dan melepak bersama sama ye ! hehe.. Take care dan jangan lupa makan tengah hari tau !





Read more »

Fesyen Tudung Makin Terdedah !





            Assalamualaikum rakan rakan blogger ku sekalian. Aku masih lagi online, menanti kan aku punya baju di ampaian kering dengan cepat kerana nampak gaya macam sudah mendung je kat luar ni. Risau gak, kot kot tetiba hujan lebat sekaligus. Hehe.. Eleh.. Korang ingat wanita je ke pandai mengemas ni? Lelaki sekarang pun dah maju dah, banyak yang boleh berdikari sendiri tau. Hehe.. Betul la. Tak percaya? Hehe



             Okeh, bila bercakap soal pakaian ni kan, aku memang amat suka, sebab aku suka berfesyen, tambah tambah fesyen simple and sedap serta selesa di pakai. Tapi hari ni, aku tak nak cakap tentang fesyen aku. Aku nak kupas sikit tentang isu tudung wanita sekarang ni.



              Secara jujurnya kan, aku mengaku, aku agak "bodoh" sikit bila berhadapan dengan fesyen fesyen tudung kat Malaysia ni. Serius aku tak tipu. Korang sebut lah kat aku nama apa apa pun, confirm aku akan ternganga bila korang sebut. haha..



              Okeh, korang perasan tak, makin banyak fesyen tudung yang muncul sekarang ni? Tu satu, dan lagi satu, korang perasan tak yang semakin maju dan banyak nya fesyen tudung baru ni, makin banyak gak la design yang terdedah "DADA" !! haha.. ke korang buat buat tak perasan sebab nak mencuci mata? Ala.. aku pun LELAKI gak weh. Tau dah itu punya feeling ! Haha.



              Berbalik pada tajuk kita tadi, Ermm.. Apsal la diorang design camtu? Lilit kepala bukan main banyak lagi lilitan, sampai bungkus macam kuih ketayap, tapi bahagian DADA di biarkan tanpa lilitan ! Apa kes? Mana pihak berwajib? Ecehhh.. Macam edisi siasat pulak kan? hehe..



             Try korang fikir balik, aku bukan lah pakar sangat bab bab agama ni. Tapi apa yang aku tau, aku ingat kan. Lagi pun kalau nak berdakwah, macam macam cara boleh kan? Lagi pun, agak berbahaya kalau tayang menayang ni. Serius... Aku tau la, aku LELAKI okeh ! So.. aku nak menasihatkan korang, jangan la dedahkan "Aset" korang pada sapa sapa ! Biar orang cakap pe pun, yang penting korang dinilai tinggi pada Allah ! Ada paham? =)





P/S : Aku suka tudung Wardina ! Nak beli lapan ! :P





Read more »

Berlawan Dengan Nyamuk !

Assalamualaikum ! Bangun ! Pagi dah menjelma ! hehe.. Mari pergi breakfast jum ! makan nasi lemak sambil duduk tepi tasik ke, pantai ke, mesti syok kan ! Sapa nak ikut, angkat hidung ! hehe..
Sebenarnya, semalam aku tak cukup tidur pun, boleh dikatakan aku tak boleh tidur langsung sampai la lepas subuh. Nak tahu kenapa? Sebab aku di serang nyamuk ! haha
Nyamuk itu menyerang aku bertubi tubi sampai aku bengkak sana sini. Haihhh. Yang tak boleh blah nyer, nyamuk tu gigit pulak kat bawah tapak kaki, perghhhh ! betapa payah dan sukarnya rasa bila digigit dan gatal di tempat sebegitu ! Korang confirm pernah rasa kan? hehe.
So.. sebegitu la ceritera hidup aku malam tadi, nyamuk sana sini, tampaq sana tampaq sini. hehe
Oleh sebab itu, aku telah menukar design header aku, dan melakukan beberapa transformasi kecil kat blog aku ni. Cantik tak? hehe.. Terima kasih la kat nyamuk nyamuk spesis Godzilla tersebut kerana, disebabkan beliau rakus mengigit, aku dapat header baru ! hehe..
Okeh la, aku nak mandi nih, nak ready nak pi menjamu selera ! Nanti ada masa, kita pi tampi padi sama sama kat sawah okeh? Ngeh ngeh ^___^


Read more »

Diam atau Pot Pet!

Assalamualaikum wahai pembangun pagi ! walaupon jam dekat taskbar aku nih dah menunjukkan pukul 11.58 a.m dan dah nak dekat masuk tengah hari dah , aku tetap melabelkan beliau sebagai pagi yang ceria ! hehe (padahal nak cover bangun lewat !) hehe.. ala.. standard la, student kan, lagi pun kelas aku pukul 2.30 petang kejap lagi.
okeh okeh, kali nih aku nak tanya korang, korang suka kawan yang pendiam tapi dengan korang dia bising ke, atau pem "pot pet" di mana mana ? hehe.. Kenapa aku tanya? sebab aku nak buat ujikaji sendiri tentang isu nih, dan apa kesan dia kalau kita banyak sangat cakap ! hehe..
aku rasa macam lagi teruk je hasil kalau kita banyak cakap , dan tak pedulikan orang ramai, atau pendapat orang.. Betul tak? silap silap boleh buat orang muak, nak muntah, annoying lagi dengan sikap kita.
Tapi tak dinafikan, orang yang banyak cakap nih pon ada banyak kelebihan, diantaranya, self confidence tinggi, berani, dan selesa bila kat tempat yang havoc dan crowded ! hehe.. yang jadi masalahnya, orang orang camni, kekadang cakap lepas ikut suka hati diorang je, tanpa ada "filter" dan itu sangat mengundang bahaya bagi persahabatan dan dunia ! hehe.. ala.. macam kata pepatah dulu dulu la, "terlajak perahu boleh kita gostan, terlajak kata, penumbuk penendang naek atas kita !" hehe... So... aku rasa korang paham kan apa yang aku nak sampai kan? hehe.. aku nak pi makan ni, perut dah nyanyi lagu maher zain dah ! hehe take care sahabatku ! =)
Read more »