Ini la suspek ! belah kiri ye ! =D |
Assalamualaikum ! Selamat pagi wahai sengalfrens ! hehe Dah breakfast blum? Aku duk teguk air mineral je dari tadi. hehe.. Bukan apa, malas la nak keluar, baik aku melingkar di atas tilam ku dan memeluk bantal daripada berjalan jalan di pagi sabtu yang cool nih.
Hmm.. Entri aku kali ni agak jiwang sikit. Ala.. sikit je pun.. Takpe kan? hehe.. Oke oke ! anda pernah bercinta? ataupun sedang bercinta? Anda yakin ke, orang yang anda sedang "couple" ni akan jadi milik anda untuk selama lamanya? haha.. kalau korang jawab "ya" ! Korang silap sebenarnya ! Sebab bukan korang tentukan ni semua, tapi yang kat "atas" tu yang tentukan, Dia cuma bagi kita peluang untuk merasai nikmat bercinta, dan Dia gak nak tengok sama ada kita ni berjaya lawan hawa nafsu ke tak, sebelum nak bagi "hadiah" yang paling dinantikan, iaitu "perkahwinan".
Confirm la korang nak kahwin kan? Siapa la taknak kahwin ! hehe.. Aku pun nak ! Melayari hidup berdua dengan orang yang kita duk sms memanjang, duk dating bagai bagai, duk kongkong tak tentu hala, dan yang menerima kita seadanya !.
Tapi sebelum nak dapat tu semua, kita kena latih la diri kita jadi lebih kuat, dari segala segi. Sebab alam perkahwinan bukan sesuatu yang mudah woo ! Kena pikiaq banyak banyak dan daripada segala segi macam bentuk yang banyak segi tu ! Waaaaa ~
Apa yang aku nak sampai kan di pagi sabtu nih, adalah, korang kongkong lah kekasih hati korang tu daripada duk layan lelaki/perempuan lain bagai nak rak, korang tetapkan peraturan korang sendiri, korang pukul memukul la kekasih hati korang, kalau Allah tak perkenankan, korang takkan bersama jugak ! Haihh.. macammana aku nak jelaskan ye ! hmm.. senang cerita cam ni la, kan zaman sekarang nih zaman canggih manggih, pakwe / makwe dok kongkong satu sama lain, guna duit masing masing, dan lagi teruk, duduk sebumbung, padahal bukannya ada ikatan apa apa pun, pastu bila putus, mula la nak menangis tak tentu hala, nak ungkit mengungkit, nak panggil geng pukul memukul. Korang rasa tu semua bagus ke? haha..
Jawab cik Salmah ! hehe
Sebab tu aku lagi suka cakap kat Cik Teddy aku, "Kalau kita ditakdirkan untuk bersama, dan Allah dah tetapkan yang awak ni jodoh saya, hubungan kita akan terus berkekalan sampai bila bila, dan saya nak cintakan awak kerana Allah !". hehe ..Alhamdulillah, Cik Teddy aku memahaminya ! hehe dan kitorang still berpacaran sampai la sekarang, selagi Allah meredhai, selagi tu la hubungan aku dengan Cik Teddy akan berterusan.. Amiinnn !
so.. moral of the story is, jodoh tu adalah hadiah daripada Allah S.W.T, jadi, jangan risau la kalau anda kecewa di tengah or tepi jalan, putus sana sini, sebab Allah dah berkata, setiap makhluk dalam dunia ni di jadikan pasangan ! cuma menanti masa je ia nak muncul ! dan yang pasti ia pasti akan jadi lagi terbaik dari sebelumnya ! hehe.. Okeh la, aku nak gi basuh kain guna vanish jap ! muehehehe ! Selamat bercuti dan enjoy !

0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks