3 Perkara Aku Nak Share Dengan Blogger Baru !




Hai.. Ini la identiti ku! 


          Assalamualaikum dan selamat pagi wahai pembaca pembaca merangkap kawan kawan ku sekalian ! Hari Isnin muncul lagi, dan kelas aku pun akan bermula kejap lagi dalam kira kira 4 jam dari tarikh aku post ini entri. Hehe.. Dah breakfast ke nih? Ke masih mengesek gesek mata yang di penuhi biji timah berwarna keemasan itu? haaa.. kantoi ! hehe..



          Pagi yang ceria ni kan, aku nak share seberapa perkara tentang ENTRI dengan blogger baru ! hehe.. Aku bukan lah seorang blogger OTAI or TAIKO or ALONG okeh? Aku pun baru jugak, Kalau korang tengok Recent Post aku pun, aku mula aktif balik berblogging ni bulan Oktober lepas. hehe Try la check kalau tak caya. Aku pun still tergelak bila baca post post dan entri entri aku yang lama lama tu ! Haha. Mari bergelak.. Ewahhh !



           Okeh, bagi korang yang baru berjinak jinak merpati membuat blog, teruskan menaip, jangan give up tau ! kalau korang give up, aku tak nak ajak korang main teng teng dengan batu seremban dah ! hehehe . Baiklah, tanpa membuang masa dan kudrat tenaga tangan aku, aku nak share ni .....

Jeng Jeng Jeng, Plingggg ~





  1. Bila buat Entri baru, mulakan dengan Bismillah .. Pastu mula menaip, jangan sesekali guna perkataan pendek pendek dan gedik gedik serta perkataan yang korang je paham ! Aku nak bagi contoh pun aku rasa kembang tekak dan paru paru serta hidung. hehehe korang paham kan? Kenapa ? sebab untuk tarik ramai pembaca, korang kena bagi gaya penulisan korang senang di fahami, bukan gedik gedik, ingat ni tempat manja manjaan ke? haha ini hanya la dunia yang takde sapa pun yang nampak, jadi kalau orang tu baca ayat korang yang gedik dan manja itu, diorang la gedik ! Wahahahaha ~ 

  2. Bagi aku, setiap entri baru ada target tersendiri, cuba cipta kelainan tanpa meniru orang. Lagi lagi Kopi Pasta ( Copy Paste ) atau cedok idea orang bulat bulat. Ish.. No.. No.. No.. tak elok tau meniru , nanti kena rotan dengan cikgu displin ! Haaa.. Kalau nak jugak, letak la credit kat orang or blog or website itu, tak pun, korang hargai la jasa mereka yang duk penat penat perah santan idea tu! Haihhh.. bersembur ayaq liur aku kat skrin ni ! hehehe

  3. Entri adalah identiti anda, kalau entri anda penuh dengan benda mengarut tanpa ada motif, macam tu la jugak anda diluar sana ! muahahahaha ! Macam aku laaaa ! hehehe.. Okeh, sambung balik, erm aku nak tekan kan disini, cuba buat entri yang mengarut dan merepek, tapi dalam dia ada terselit paling kurang satu nilai murni atau nasihat, itu yang paling memberangsangkan ! Serius woo.. Aku dah try dah! hehe.. 



 

      Itu sahaja tips aku nak bagi kat korang buat masa ni. Jadi la seorang blogger yang berwibawa macam iklan apa tah , tagline dia berbunyi, Hitam , Mutu, dan Keunggulan ! Jangan sesekali dengki kat blog orang, sebab secara automatik anda akan jadi kejam dan watak jahat dalam ini kisah ! hehe. Kalau nak dengki pun, dengki cara baik la. Contoh? Erm.. Maksud aku, korang jadi lebih baik daripada biasa, lebih ganteng, lebih Umphhh dan lebih buih ! Macam Teh Tarik la pulak kan?Erk.. Sakit perut ! Mintak diri dulu ye ! =)





0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post