3 Jenis Seni Bela Diri Yang Terpinggir !




Wachaaaaa ! :)






                Yeahhhh ! Pasukan Malaysia berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala IFF woo ! Walaupun, hari ni permainan agak hambar ! Aku pun tak banyak sangat tengok, sekadar usha usha je sebab aku sibuk bermain Dota dengan adik aku. Hehe.. Well.. Tahniah aku ucapkan pada pasukan Malaysia, team kita pasti boleh menang punya final nanti ! Aku confident !



                Okeh, nak cerita ni, petang tadi kan, time aku selak selak buku kat rak meja depan ruang tamu rumah aku ni kan, aku terjumpa satu buku ni. Dia memaparkan tentang beberapa jenis seni bela diri yang dah pupus or terpinggir. Begitu tertarik nya aku dengan buku tersebut tatkala aku membaca dan menyelak page page buku itu. Perghhhh ! Best woo ! hehe..



               Sekarang, aku nak share kan 3 jenis, korang baca dan fahami la oke. Tapi aku nak ingatkan, kesan lepas baca entri ni agak berlawanan. Dan minta pengawasan orang yang mahir dalam seni bela diri, macam Sifu ke, Goku ke, Avatar ke, untuk menunjukkan teknik yang betul disamping untuk mengelakkan kecederaan yang melampau.



              Okeh, tanpa melengahkan masa, 3 jenis Seni Bela Diri adalah :





Wacha
Berasal dari seni Wushu tapi lebih agresif. Pengamal terlebih dahulu menyiku ubun ubun sendiri supaya biol sebentar sambil menyebut "Wachaaaa!" dan terus menyerang pihak lawan. Sebab ia pupus adalah kerana tiada siapa mampu menyiku ubun ubun sendiri membuatkan ia terkubur !


Silat Goyang
Ini merupakan adik beradik Silat Gayung. Silat ini telah pupus kerana pengamal harus menggoyangkan seluruh tubuh sebelum menyerang. Seni ini terpaksa ditukar menjadi tarian dangdut setelah penciptanya mati dihempap pelepah pisang!


Tido 
Merupakan pemangkin seni Judo. Pengamal Tido harus tidur selamaseminggu sehingga musuh berasa bosan dan pulang ke rumah untuk mengerjakan tanaman kontang dan hidroponik secara komersial. 




          Amacam? Korang nak belajar tak ilmu tersebut? Mana la tahu kan, kot kot korang nak pergi berlawan dengan jiran tetangga ke. Korang gelak eh? Takpe takpe, aku ada buku dia. Nak tahu buku apa tak?



Ni la buku tersebut ! 





Buku Teknik Melipat Kaki ! =P




0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post