Yuhuuu.. Jumpa lagi.. Hehe.. Jangan la moody moody, monyok monyok, masam masam dan sewaktu dengan nya ! Hehe.. Hidup ni kena senantiasa tersenyum dan tenang ! Kalau asyik masam masam je, aura kemasaman itu bakal sampai ke badan anda ! Haha.. Selepas itu, ketiak, dan jugak ... Errrr... Mana mana je la.. Hehe..
Well.. Tadi, aku dok basuh kain dalam bilik air aku ni kan, berus punya berus punya berus, tetiba aku tergelak sendiri. Bukan sebab dalam bilik air aku tu ada TV okeh ! Dan aku tidak sesekali melayan MAHARAJA LAWAK didalam itu. Hehe..
Aku tergelak sendiri sebab , aku terlintas, betapa susah nya kita dalam nak menghandle sesuatu yang cinonet tapi indah dalam badan setiap manusia ni. Apa benda? Ernmmm.. HATI ! hehe... Dalam hati memang la ada urat urat, darah dan segala gala yang diketahui dalam anatomi manusia tu kan. Tapi yang aku nak cakap ni adalah berkaitan, PERASAAN ! Hehe..
Jangan salah sangka okeh, ni bukan entri berbentuk kejiwangan mahupun percintaan. It just an entry with some magic ! Ecehhh.. Speaking la konon..
Try korang renung balik, adakah korang dapat menjaga hati setiap orang yang korang pernah kenal? Tanpa menyakitkan hati mereka, tanpa bermasam muka dengan diorang, dan tanpa ada sengketa? Boleh kah korang jamin 100% penjagaan itu? Aku? Tak mungkin , nahi nahi nahi kabhi nahi !! Hehe..
Tak mampu woo aku nak jaga hati semua orang ! Seriusly, kekadang aku pun tak perasan yang aku ada melukakan dan merobek hati orang ! Ye la, makin ramai kawan kita, makin banyak la hati dan perasaan yang perlu dijaga ! Camtu gak la dengan blogging pun. Kata kan la, korang ada 100 pembaca setia, dan satu hari tu, korang mention tentang 5 daripadanya dalam entri korang. Mesti confirm ada la dalam beberapa orang lagi akan terasa walaupun sebesar kelemumur ! Hehe..
So, di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf andai aku ada buat camtu, tak join contest ke, tak jawab tag ke, dan banyak lagi la kesalahan yang tanpa disedari oleh aku ! Termasuk la, merepek dan merapu, riak serta bongkak, sengal dan ubi dan hindustan bergelimpangan. Hehe.. Maafkan aku okeh !
Oleh kerana aku nak makan roti coklat Gardenia sambil layan Digimon Xros Wars ni, aku undur diri okeh ! Hehe.. Akhir kata, ada sesetengah kes, sebelah pihak je yang menjaga hati melampau lampau, sebelah pihak lagi, dok ikut hati dia je. Tu memang nak kena serang dengan kerengga !!! Kite bako kite bako !! Errr.. okeh, tata ! Gudniteeee !!
Twitter

0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks