Yuhuuu.. aku kelawar si udin ! Erkk.. Terbalik pulak dah.. Once again .. Okeh.. Yuhuuu !! Aku udin si mentibang ! Haha.. Ehh.. Aku Udin si Sengalman ! Haaa.. Baru la ngam ngam soi ! Hehe.. Aku tau, confirm la ketika ini anda anda anda dan anda ni masih dibuai mimpi indah, dalam tidurmu... Ecehhh.. Macam lagu dealova la pulak..
Tujuan aku membuat entri ni di pagi hari yang mendamaikan dan mengsejukkan ini adalah kerana aku nak bagitau yang aku sangatlah bergumbira dengan setiap komen, setiap dropping message, setiap kritikan dan jugak setiap kondeman! Hehe.. Menerima itu semua adalah hobi aku yang terbaru ! Yaaa.. Aku menerima itu dengan senyuman dan lampiran bibir seperti Justin Bieber ! Hehe.. Pendek kata, aku senyum je la..
Tajuk entri aku tu cukup menerangkan kritikan yang bernas lagi umphhh terhadap blog Sengal Zone aku ni. Hehe.. Well well west.. Agak nya ini musim kritik mengkritik kot.. Alaa.. Macam Maharaja Lawak tu la.. Amir kritik juri, juri kritik Amir ! Hehe.. Aku pon terkena tempias ni jugak walaupun aku pakai baju hujan dan aku budak setahun jagung? Adehhhh..
Haha.. Mengarut? Melalut? Haprak? Ye.. Itu Sengal Zone ! Haha.. Jap.. Aku tak suka serius serius, nanti aku cepat tua woo.. Aku takmo !! Hehe. Okehh, sambung balik.. Hmm.. Blog ni, dinamakan Sengal Zone sebab.. Errr.. Aku memang suke melalut kot.. Tambah tambah dengan kawan kawan baik aku.. Dan Sengal Zone ni wujud dek persahabatan aku dengan kawan kawan baik aku yang jitu dan utuh. Ecehh.. Sebab tu la aku buat Sengal Zone ! Dah diorang asyik cakap , Sengal ko Udin !!! .. Tapi...
Realiti sebenarnya, aku seorang yang pemalu dan penyegan ! Dalam dunia maya ni je aku jadi sengal sengal ubi sikit. Hehe.. Sebab.. Aku amat bencikan kesedihan !! Haha.. Kesedihan melemahkan aku yang dah sedia lemah ni. Huhu.. Haprakkah ia? Hehe.. Tidakkk.. Ia Sengal wooo.. Kalau aku mampu buatkan orang tersengih dan senyum secara automatik tanpa manual, aku bleh dikira puas dalam dunia blog ni ! Hehe.. Itu la kepuasan dan aku nak jadikan blog aku ni , satu tempat yang hepi go lucky , tempat orang melepaskan ketensionan, dan jugak tempat untuk mencipta pertalian sahabat baru !!
Dan, Ripley's Believe it or Not, aku dah berjaya sikit demi sikit. Hehe.. Aku puas woo.. Traffik dan populariti tu akan datang sendiri bila niat kita tu betul. Bila dua dua tu datang , mereka akan bergabung menjadi KEUNTUNGAN ! Hehe.. Korang paham kan? So.. Pada yang mengatakan blog aku ni haprak ke, hoprak ke, hiphop ke, grasshopper ke, fikir lapan belas ratus kali dan baca dulu entri aku ! Errr.. Memang la aku akui ada yang melalut dan merepek, tapi kalau tak merepek dan merapu, ia akan jadi blog Serius Zone ! Korang nak ke? Haha.. Aku takmoooooooooooooooooo !!!
Koyok Ditempek : Bila kedengkian merasuki hati, dinasihatkan kata hati pun dah tak bermakna lagi. Bak kata pepatah Sengal Zone, Telinga yang sudah clear, acap kepingin untuk di korek lagi ! Err.. :P
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks