Assalamualaikum ! Wohooo... Esok , aku off lagi, maka dengan ini, esok adalah masa yang sesuai untuk aku mengupdate entri sampai aku pengsan mulut berbuih ! Haha.. Ehhh.. Korang pekabo ? Sihat ke idak? Mesti la sihat kan? Sebab korang korang ni ada imuniti yang amat la kuat bila berblog ni. Hehe.. Extra protection la katakan.
Well well west.. Oleh kerana aku baru bangun tido dan otak ni masih fresh dibuai angin kipas aku ni. Maka seraya itu, aku memerah idea sampai ia menjadi pekasam. Erkk.. Tak tak.. Aku sedang mengeluarkan idea itu dalam bentuk gumpalan awan putih dan cokolat yang dinamakan Cloud 9 ! Nyum nyum..
Berbalik pada tajuk ini entri la kan. Aku nak buat confession, bahawasanya aku anak mak ! Haha.. Dalam erti kata lain nya, aku lebih manja dengan mak aku ! Hehe.. So.. Adakah itu satu penghalang bagi diriku? Tidak bukan? Ecehhh.. Ramai orang cakap, lelaki anak mak ni gedik, manja, nak perhatian lebih.. So disebabkan itu, amatlah tidak wajar memilih lelaki anak mak sebagai teman hidup atau kawan baik ! Betul ke? Haaa.. Jom kita kupas isu ini lebih mendalam sedalam telaga depan rumah Peah !
Pada pendapatan aku kan, lelaki anak mak ni adalah seorang lelaki yang amatlah kuat dan macho ! Hehe.. Sebab apa? Ermm.. Sebabnya mereka sangat sangat mementingkan keluarga ! Tak kira la dengan mak ke, abah ke, yang penting mereka memang akan pentingkan keluarga dulu. Dan itu merupakan satu petanda yang mereka boleh diharap. Bab manja tu, salah ke lelaki anak mak tu manja dengan mak sendiri even mereka dah berjanggut ? Bagi aku tak kot. Sebab, kalau ikut kan dalam agama kita pun, even kalau lelaki itu dah kahwin sekalipun, mak / ayah dia tetap kena diutamakan dulu berbanding isteri ! Haaaa.. So.. Tak salah la kan?
Jadi, aku nak menyeru kepada lelaki di luar sana yang ada status ataupun dicop dengan label ANAK MAK tu kan, berbangga la !! Hehe.. Bukan senang woo nak cari lelaki yang rapat dengan keluarga sekarang ni ! Limited edition gituww ! Haha... Eh.. Terlupa lak, percaya atau tak, lelaki anak mak lebih matang wooo.. Nampak je gedik, manja lemah lutut, lemah gemalai , tapi mereka ada will power iaitu hati ! Hehe.. Akhir kata, majulah ANAK MAK untuk negarew ! Psttt.. Gedik gedik cekedis boleh? Haha..
Koyok Ditempek : Pengorbanan ibu dan ayah kita takkan boleh di nilai dengan wang ringgit woo.. Tapi, kenapa sekarang ni , makin ramai orang memberi kasih sayang mereka terhadap orang tua berdasarkan wang ringgit? Adehhh.. :(
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks