Pasangan Minat Orang Lain, Apa Nak Buat ?


 









           Assalamualaikum dan selamat tengah malam sahabat ku ! Hehe.. Malam yang agak best sebab kurangnya encik nyamuk ini malam. Haha.. Aku bebas dari kena gigitan itu.. Yihaaaaaa !! Ehemm.. Sebenarnya, aku datang dalam kotak entri ni untuk menunaikan hajat insan INI !





              Beliau menanyakan aku satu soalan di Ini Blog SengalZone di Facebook aku beberapa hari lepas. Baru hari ni aku sempat menjawab soalan itu. Sorry ye !! Hehe.. Soalan beliau berbunyik begini...








"Apa yang akan anda lakukan jika anda mengetahui yang pasangan anda menyukai/meminati lelaki/perempuan lain? "





              Hmm... Bagi pendapat aku la kan, pasangan dalam ni kalau merujuk pada konteks perkapelan, rasanya tak perlu la nak mengelabah macam labah labah tersepit tangan kot ! Yup.. Kena la ingat, yang anda itu kapel je. Belum ada ikatan sah lagi woo.. So. Dari konteks ni, aku rasa redha je la cara yang paling sesuai ! Kalau buat lebih lebih, korang tu sapa? Ada hak ke? Hehe..





               Tapi... Kalau dari segi konteks perkahwinan pulak. Ermm.. Mesti lakukan sesuatu atau mencari plaster untuk menyembuhkan dan menampal celorong dan lubang lubang kecik dalam hubungan suami isteri tu ! Mesti !!!! Sebab, ikatan perkahwinan adalah satu ikatan yang amat dinantikan oleh semua orang dan ia jugak merupakan satu ikatan yang amat la suci. Try bayangkan, susah susah nak dapatkan pasangan anda untuk dijadikan pasangan hidup anda, tup tup.. Senang lenang je lepaskan ikatan tu dek kerana hal hal problemo yang boleh diperbaiki tu ! Jalan penyelesaian nya, berbincang elok elok dan fikirkan semula apa yang dah diharungi bersama sama semenjak bergelar suami isteri tu. Hehe..





             Haihh.. Dah macam doktor pulak aku kan? Hehe.. Takpe la, tak dapat jadi doktor hospital, doktor kat blog pon boleh laa ! So.. Apa pendapat korang?? Hehe.. Errr.. ngantuk dah ni, aku keje shift pagi lak esok ! Dengan itu, aku nak ucapkan, selamat tido ye rakan rakan !! Mana bantal busuk aku ni woiii !! =P







0 komentar:

Posting Komentar

Trackbacks/Pingbacks

Archive Post