Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan malam !! Fuhh.. Tiga serangkai sekaligus ! Hehe.. Aku baru je sudah makan malam lepas menamatkan waktu kerja aku tadi. Sedap woo ! Hehe.. Alhamdulillah ! Hehe.. Ermm.. Inginkan blog anda masuk dalam Google ? Tips tu nanti aku bagi okeh, buat masa sekarang ni aku nak bagi 3 Tips Blog Mesra Google !
Sebelum itu ingin aku ingatkan, aku bagi tips ni setelah aku berjaya dengan rakusnya mencuba bermesra dengan Google ! Hehe.. Orang lebih mengenali itu sebagai SEO ! Tapi bagi aku, cukup la sekadar bermesra je. Bab bab SEO ni aku tak berapa pandai lagik. Hehe..
Sebagai contoh, aku nak korang search kat Google, Fesyen Terkini 2011 ! Hehe. Tengok blog aku ni ada tak dalam carta Google. Kalau ada tu kan, Alhamdulillah, kalau takde, takpe la, takde rezeki ! Hehe.. Actually, dapat jadi top 10 result pencarian kat Google pon dah dikira bersyukur woo.. Serius !! Ermm.. Nak tips dia? Jommmm...
- Tips Pertama.
- Rahsia untuk masuk dalam enjin pencarian adalah pandai bermain dan cuba menjadi enjin carian itu. Hehe.. Maksud aku adalah, korang kena pandai godek godek Google, search kat situ, tips tips SEO ke, Tips tips Alexa ke dan sebagainya. Confirm korang mesti jumpa punya ! Dari situ la, korang akan belajar sikit demi sikit cara itu. Hehe.. Try laaa !
- Tips Kedua
- Blog korang mesti mempunyai style ejaan yang penuh ! Jangan terlampau ejaan menggedik, ejaan rempit dan ejaan geng geng kapak. Contohnyaa.. Ermm.. Korang tau kan? Sebab? Erm.. Susah woo Google nak explore dalam blog korang. So.. Camne blog korang nak masuk enjin pencarian Google? Hehe.. Betul tak?
- Tips Ketiga
- Gambar yang korang nak gunakan dalam blog atau lebih senang dekat post korang. Seelok eloknya, korang save gambar tu dulu, lepas tu tukar nama dia then upload. Hehe.. Contohnya, gambar Nasi lemak udang. Kalau baru di snap, mesti gambar tu jadi DSC1243 kan? So.. Sebelum upload, ubah ke Nasi-lemak-udang.jpg . Cara sebegini jugak memudahkan Google masuk ke blog anda melalui Images ! Serius ..
Hmm.. Setakat ini, itu je la tips yang aku mampu bagi. Hehe.. Sorry kalau ayat aku agak tunggang langgang. Kepenatan woo.. Hehe.. Tapi takpe, demi nak berkongsi teknik teknik blogging dengan korang, aku rela.. Chewahhhh. Erm.. Aku harap korang paham ye apa yang aku cuba sampaikan... Kalau faham, sila anggukkan ketiak ye.. Hehe..
Aiseyyy.. Aku nak mandi ni. Hehe.. Masam sudah bau ku ini. Take care.. Jumpa lagi dengan tips tips akan datang ! Adiossssssss !! Jangan lupa try tau !!
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks