Assalammualaikum dan selamat petang Khamis ! Hehe.. Daku duduk di kaunter SERVICE ni menantikan laptop untuk diservice. Tapi , buat masa ni masih tiada lagi. Dan itu bermakna , aku bebas ! Haha.. Kejap je la free pun, nanti kalau ada customer yang perlukan bantuan SENGALMAN ni, aku harus membantu secepat mungkin . Haha.. Superhero ni !!
Ecehhh.. Abaikan angan angan aku nak menjadi super hero ! Sekarang ni aku nak share satu perbualan yang aku terdengar waktu aku pergi menapau nasi untuk perut ku yang berkeronong dan bergamelan tadi. Hehe.. Satu dialog yang agak best ! Seriusss... Ce try baca ! Amaran, dialog dibawah terpaksa diubah bersesuaian dengan blog Sengal Zone aku ni. So.. Watak dan beberapa perkara mesti la menjadi sengal ! Hehe..
Peah : Oit, Bedah, tengok mamat tu... Hensem siut !
Bedah : Peah, mana mana mana?
Peah : Tu la.. Yang baju berbiru tu.
Bedah : Ohhh.. Perghhh.. Hensem siuttt.. Tercabut rahang aku Peah oiii ~
Peah : Aah.. Ko tengok tak subang dia. MACHO tul mamat ni , tambah tambah dengan subang dia yang tajam tajam ala ala paku tu ...
Tetiba....
Abang Kedai : Dikk... Nasi tapau dah siap... Meh amik meh !
Aku : Errr.. Okeh bang.. ( Perbualan Bedah dan Peah tadi dah terputus )
Korang paham kan? Hehe.. Aku nak tanya ni, MACHO ke lelaki bertindik ni? Tau kan, lelaki yang menyerupai wanita itu haram disisi Islam ! Bertindik sana sini ni, nanti takleh jadi wali woo... Hehe... So.. Bagi
yang memang nak menempah tiket untuk jadi BBQ panggang dan salai di alam yang lagi satu tu kan. Sila la bertindik banyak banyak okeh? Hehe.. Gua nasihat je beb ! Alamak, ada customer la.. Chowwwww !!
0 komentar:
Posting Komentar
Trackbacks/Pingbacks